Maghribi heret Senegal ke CAF, FIFA
Maghribi heret Senegal ke CAF, FIFA

Rabat: Persekutuan Bola Sepak Maghribi (FRMF) mengesahkan merujuk secara rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung insiden membabitkan pemain serta penyokong Senegal yang memprotes sepakan penalti Maghribi dalam perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Protes Senegal pada masa tambahan permainan sebenar dalam perlawanan semalam di Rabat menyebabkan perlawanan dihentikan hampir 20 minit.
Beberapa penyokong Senegal di hujung bertentangan stadium melempar kerusi dan objek lain serta cuba memasuki padang permainan.
Persekutuan bola sepak tuan rumah AFCON itu berkata, tindakan itu “memberi impak besar kepada perjalanan normal perlawanan dan prestasi pemain,” dengan Maghribi kemudian gagal menyempurnakan sepakan penalti yang berpotensi memberi mereka kejuaraan pertama dalam tempoh 50 tahun.
Persekutuan itu berkata “akan mengambil tindakan undang-undang” dengan CAF, badan penganjur kejohanan, dan FIFA “untuk membuat keputusan mengenai tindakan pemain-pemain kebangsaan Senegal yang meninggalkan padang.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
Ia menyatakan keputusan pengadil untuk memberikan penalti kepada The Atlas Lions adalah dianggap tepat berdasarkan pendapat sebulat suara.
Presiden FIFA, Gianni Infantino, mengecam “sebahagian pemain Senegal” atas “kelakuan yang tidak boleh diterima.”
Senegal kemudian menjaringkan satu-satunya gol perlawanan pada minit keempat masa tambahan selepas pemain kembali ke padang susulan rayuan daripada penyerang bintang mereka, Sadio Mane.
Beberapa media Maghribi mengkritik Senegal atas kekurangan semangat kesukanan.
Maghribi heret Senegal ke CAF, FIFA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.