Ketua pengawal keselamatan cuba masuk bilik DJ popular
Ketua pengawal keselamatan cuba masuk bilik DJ popular

BANGKOK – Polis menahan ketua pengawal keselamatan sebuah hotel di Phuket kelmarin selepas dia cuba menceroboh bilik penginapan seorang DJ wanita, lapor laman berita Thaiger.
DJ berkenaan, Mirinda Malinrattanawadee memuat naik kejadian menakutkan itu di akaun Facebooknya. Dia menuntut hotel di Phuket itu bertanggungjawab selepas seorang lelaki tidak dikenali cuba masuk ke dalam biliknya sekitar pukul 10 malam, Jumaat lalu.
Mirinda berkongsi klip video dan butiran kejadian di laman sosial yang kemudian menjadi tular.
Wanita itu berkata, dia melancong ke Phuket untuk menghadiri festival muzik EDC 2026 tetapi tidak pergi ke acara tersebut pada hari kejadian kerana tidak sihat.
Semasa berehat di bilik hotelnya, dia terdengar seorang lelaki menjerit “Hei!” di luar pintunya. Berasa tidak selesa, dia tidak membalas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
Merasakan dirinya diancam bahaya, Mirinda mengunci selak pintu. Tidak lama selepas itu, lelaki itu membunyikan loceng pintu bilik hotelnya.
Sambil merakam situasi itu menggunakan telefon bimbitnya, dia bertanya, ‘Siapa?’ tetapi tidak mendapat jawapan.
Beberapa saat kemudian, lelaki itu cuba membuka pintu. Suspek tidak dapat masuk kerana selak pintu telah dikunci.
Dalam salah satu video yang dikongsinya secara dalam talian, Mirinda dilihat bercakap dengan seorang kakitangan hotel, yang mendakwa dia telah menyemak rakaman CCTV dari masa kejadian tetapi berkata, rakaman itu telah hilang.
Mirinda menuntut bayaran balik dan meminta supaya pihak hotel bertanggungjawab, tetapi pekerja itu berkata, dia tidak dapat memberikan jawapan sehingga pihak pengurusan kanan menelitik kes tersebut keesokan harinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan
Selepas insiden itu mendapat perhatian meluas, Mirinda memaklumkan kepada pengikutnya bahawa dia telah membuat aduan di Balai Polis Cherng Talay dan mendaftar keluar dari hotel tersebut.
Polis pada mulanya mengesahkan bahawa suspek adalah pekerja hotel, tetapi Mirinda tidak dapat mengeluarkan butiran penuh pada peringkat itu disebabkan siasatan masih berjalan.
Polis kemudian mengenal pasti suspek sebagai Kanisorn, 39, yang bekerja sebagai ketua pengawal keselamatan hotel itu dan bekas anggota tentera.
Menurut laman berita KhaoSod, Kanisorn menamatkan syifnya sekitar pukul 4 petang pada hari kejadian, tetapi kekal di bilik kakitangan hotel.
Dia kemudian cuba memasuki bilik Mirinda dengan kad kunci. Mirinda menyedari tindakannya, menyebabkan dia melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut polis, Kanisorn bergegas memadamkan rakaman kamera keselamatan sebelum meninggalkan hotel.
Berikutan penangkapan itu, hotel berkenaan mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada mangsa serta memikul tanggungjawab berhubung insiden tersebut.
Hotel itu mengesahkan bahawa Kanisorn dipecat dan berjanji untuk memperkukuh langkah keselamatannya.
Menurut KhaoSod, Kanisorn didakwa atas cubaan menceroboh kediaman pada waktu malam, kesalahan membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, denda sehingga 100,000 baht (RM12,970) atau kedua-duanya sekali. – AGENSI
Ketua pengawal keselamatan cuba masuk bilik DJ popular
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.