Geng penjenayah mengganas, Guatemala isytihar darurat 30 hari

Geng penjenayah mengganas, Guatemala isytihar darurat 30 hari

Geng penjenayah mengganas, Guatemala isytihar darurat 30 hari
POLIS khas bersiap sedia untuk menyerbu sebuah penjara di Bandar Guatemala semalam. – AFP

BANDAR GUATEMALA – Presiden Bernardo Arevalo mengisytiharkan darurat di seluruh Guatemala selama 30 hari semalam untuk memerangi kumpulan-kumpulan penjenayah selepas mereka membunuh lapan anggota polis dan menahan tebusan di tiga buah penjara.

Pembunuhan itu berlaku di Bandar Guatemala dan kawasan sekitarnya, sehari selepas kumpulan banduan yang mempunyai hubungan dengan geng penjenayah menahan 46 orang sebagai tebusan di tiga penjara Guatemala.

Mereka menuntut supaya beberapa ketua geng penjenayah yang ditahan dipindahkan ke penjara dengan kawalan keselamatan lebih longgar.

Arevalo berkata, pihak berkuasa telah mengambil semula kawalan di tiga penjara itu semalam.

Beberapa jam sebelum itu, polis Guatemala mengumumkan kematian lapan anggotanya di tangan penjenayah.”

Menteri Dalam Negeri Marco Antonio Villeda memberitahu sidang akhbar bahawa pembunuhan itu dilakukan sebagai tindak balas kepada tindakan yang diambil oleh negara Guatemala terhadap geng-geng penjenayah.

Seramai 10 lagi anggota polis cedera dalam serangan balas itu, dan seorang suspek geng penjenayah dibunuh.

Petang semalam, Arevalo mengisytiharkan darurat di seluruh negara selama 30 hari untuk memerangi geng-geng penjenayah, berkuat kuasa serta-merta.

Langkah itu menggantung hak berhimpun dan membenarkan individu ditangkap serta disoal siasat tanpa perintah mahkamah.

Sejak pertengahan 2025, ahli-ahli geng melancarkan pemberontakan di penjara untuk menuntut pemimpin mereka ditahan dalam keadaan yang kurang ketat. – AFP

Geng penjenayah mengganas, Guatemala isytihar darurat 30 hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker