Bunuh 2 warga emas: Penoreh getah terlepas hukuman gantung

Bunuh 2 warga emas: Penoreh getah terlepas hukuman gantung

Bunuh 2 warga emas: Penoreh getah terlepas hukuman gantung
Gambar fail – NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA: Seorang penoreh getah terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati terhadapnya atas kesalahan membunuh dua lelaki warga emas, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah memerintahkan Muhammad Huzairi Razali, 41, menjalani hukuman penjara 30 tahun bagi setiap pertuduhan.

Azman yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh, turut memerintahkan Muhammad Huzairi dikenakan sejumlah 24 sebatan bagi kesalahan berkenaan.

Dalam penghakimannya, Azman berkata, Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam menolak pembelaan Muhammad Huzairi untuk membuktikan dia berada dalam keadaan tidak waras, selain mengesahkan sabitan terhadap tertuduh adalah selamat.

Bagaimanapun, beliau berkata, mahkamah membenarkan sebahagian rayuan Muhammad Huzairi berhubung hukuman, dengan mengambil kira mahkamah mempunyai kuasa untuk menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO


Justeru, Azman berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkenaan dilaksanakan secara berasingan kerana kesalahan membabitkan dua mangsa dan dilakukan di tempat berbeza.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Huzairi didakwa membunuh Ku Cheng Liong @ Ku Sot, 71, di sebuah kedai kopi di Jalan Abdullah, Pekan Buloh Kasap di Segamat, pada jam 5.50 petang 12 Julai 2019.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh Ng Wan Hong, 67, di hadapan kedai menjual durian di Jalan Ibrahim, Pekan Buloh Kasap, pada jam 6.03 petang hari sama.

Pada 27 Januari 2024, Mahkamah Tinggi Muar menjatuhkan hukuman gantung ke atas tertuduh selepas didapati bersalah membunuh dua warga emas terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


Berdasarkan fakta kes, Muhammad Huzairi didakwa menyerang Cheng Liong dengan parang di sebuah kedai kopi menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Dia kemudian beredar ke gerai menjual durian dan didakwa menikam Wan Hong dengan parang ketika pergelutan berlaku.

Mangsa kedua disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Buloh Kasap akibat kecederaan parah.

Dalam pembelaannya, Muhammad Huzairi mendakwa tidak mengingati insiden itu dan mengalami masalah mental.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rafidah Zainuddin, manakala tertuduh diwakili peguam, Abraham Mathew.

Bunuh 2 warga emas: Penoreh getah terlepas hukuman gantung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker