Bomba selamatkan remaja 13 tahun terperangkap dalam kebakaran
Bomba selamatkan remaja 13 tahun terperangkap dalam kebakaran

PUCHONG: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan remaja lelaki berusia 13 tahun selepas satu unit apartmen di tingkat tiga Pangsapuri Sri Pulai, di sini, terbakar, pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.59 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 7.09 pagi.
Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah apartmen di tingkat tiga yang terbakar 80 peratus.
“Seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan dari dalam biliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, api dapat dikawal pada jam 7.33 pagi ini.
Bomba selamatkan remaja 13 tahun terperangkap dalam kebakaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.