Aura Ferguson kembali ke Old Trafford
Aura Ferguson kembali ke Old Trafford

London: Wayne Rooney berkata penyokong muda Manchester United dapat merasai sedikit bagaimana suasananya ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson selepas kemenangan 2-0 ke atas Manchester City.
Rooney berkata, kemenangan itu diharap menjadi gambaran awal kepada apa yang bakal hadir di bawah bimbingan Michael Carrick.
Carrick, 44, dilantik sebagai ketua jurulatih sementara United sehingga akhir musim, menggantikan Ruben Amorim yang dipecat.
Jaringan Bryan Mbeumo dan Patrick Dorgu memastikan kemenangan ke atas pasukan kendalian Pep Guardiola itu di Old Trafford, yang bergema dengan sorakan penyokong.
Rooney, yang memenangi lima gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Carrick di United, merasakan terdapat perbezaan besar dalam suasana penyokong tuan rumah di bawah kepimpinan bekas rakan sepasukannya itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
“Saya tidak berada di stadium, saya berada di studio BBC, tetapi adakah anda melihat perbezaan suasana di stadium? Walaupun ketika dia (Michael Carrick) keluar sebelum perlawanan dan cuba menaikkan semangat penyokong.
“Saya rasa penyokong merasai sesuatu semalam. Mereka mendapat sedikit gambaran bagaimana suasananya di bawah bmbingan Sir Alex Ferguson. Terutama penyokong muda yang telah melalui tempoh sukar sejak 10, 13 tahun lalu, sejak Fergie meninggalkan kelab.
“Mereka tidak pernah menyaksikan sebuah pasukan bermain dengan begitu baik. Saya sendiri pernah menjadi sebahagian daripada pasukan.
“Mereka tidak pernah melihat pasukan bermain dengan kualiti sebegitu — dengan tenaga, keyakinan untuk berjuang, berani menguasai bola, tetapi pada masa sama berdaya tahan dan sukar untuk ditentang.
“Penyokong merasai perkara itu semalam dan diharapkan ia menjadi gambaran awal kepada apa yang bakal kita lihat dalam 16 perlawanan seterusnya,” kata Rooney dalam edisi terbaharu podcast BBC, The Wayne Rooney Show.
Aura Ferguson kembali ke Old Trafford
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.