Anggota polis cedera ditumbuk, dibaling rim motosikal di balai polis

Anggota polis cedera ditumbuk, dibaling rim motosikal di balai polis

Anggota polis cedera ditumbuk, dibaling rim motosikal di balai polis
Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI: Seorang anggota polis lebam di mata kanan dan bahu serta bengkak di bahagian kaki kiri, akibat diserang seorang lelaki di Balai Polis Mutiara Rini di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata suspek berusia 22 tahun didakwa membaling sebuah rim motosikal serta menumbuk muka anggota bertugas di kaunter aduan, dalam keadaan agresif.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu kira-kira jam 3.40 petang dan suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan polis.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Dia yang kelihatan seperti kurang siuman, telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kumarasan berkata, polis turut merampas sebuah beg silang mengandungi sebilah pisau dan satu rim motosikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Anggota polis cedera ditumbuk, dibaling rim motosikal di balai polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker