Yusri harap tuah di Paroi
Yusri harap tuah di Paroi

Batu Kawan: Pengendali Imigresen FC, Yusri Che Lah optimis peluang pasukannya untuk melangkah lebih jauh dalam kempen Piala Malaysia masih terbuka meskipun terikat keputusan seri tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan FC pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Negeri Pulau Pinang, di sini semalam.
Yusri mengakui pasukannya mempunyai beberapa peluang terbaik terutama pada babak kedua, namun gagal memanfaatkan intensiti permainan yang semakin meningkat untuk menghasilkan jaringan bagi memastikan bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Ahad depan.
“Walaupun kami sekadar mendapatkan keputusan seri, Piala Malaysia ini sesuatu kejohanan yang semua pasukan idamkan dan menjadi satu sejarah besar seandainya kami berjaya melangkah lebih jauh bagi pasukan Imigresen yang baru bermula musim ini,” katanya selepas perlawanan.
Mengulas mengenai perlawanan timbal balik, Yusri sedar kesukaran menanti memandangkan rekod cemerlang skuad Jang yang agak kebal apabila beraksi di laman sendiri.
“Sudah pasti jika dilihat rekod cemerlang Negeri Sembilan di Paroi, mereka kalah hanya kepada pasukan Johor Darul Ta’zim sebelum ini dan kami tahu bagi pihak Imigresen tidak selalu ada peminat di stadium.
“Jadi saya ingin mengingatkan kepada pemain, gunakanlah peluang untuk tampil dengan aksi menghiburkan kalau kami menggunakan segenap ruang yang ada sebaik mungkin, mungkin sorakan di sana nanti akan memihak kami,” ujarnya.
Yusri harap tuah di Paroi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.