Warga asing ubah nama jalan sempena namanya, jadikan tanah lapang tempat sabung ayam

Warga asing ubah nama jalan sempena namanya, jadikan tanah lapang tempat sabung ayam

jalan sempena namanya, jadikan tanah lapang tempat sabung ayam

KLANG: Bukan sahaja papan tanda nama jalan diubah suai dengan meletakkan namanya, malah seorang lelaki warga Indonesia turut menjadikan tanah lapang di sini, sebagai kebun haram di hadapan pangsapuri tempat perjudian sabung ayam.

Papan tanda nama jalan itu yang pada asalnya Lorong Pangsapuri Sri Angkasa ditukar kepada Lorong Iwan Pirang sempena namanya.

Lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun itu antara 72 individu yang ditahan dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Op Cakar di sebuah kebun haram berhadapan Pangsapuri Sri Angkasa, Taman Bayu Perdana di sini, semalam.

Wartawan yang turut menyertai operasi terbabit mendapati kebun haram itu yang ditanam pokok pisang turut dipagar dengan zink bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Malah, turut dibina reban ayam termasuk tandas dan sebuah pondok kecil bagi menjalankan aktiviti itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah


Lelaki warga Indonesia yang dikenali ‘Iwan Pirang’ ketika ditemui berkata, dia pada mulanya hanya berniat untuk memelihara ayam, namun dia mendakwa rakan-rakan mengajaknya mengadakan pertandingan ayam.

Menurutnya, kegiatan menyabung ayam ini baru dilakukannya beberapa bulan lalu dan kebiasaannya diadakan pada Ahad bermula 3 petang hingga 5 petang.

“Saya mulanya suka-suka menternak ayam, namun tidak menjadi sebelum ada rakan-rakan mengajak mengadakan sabung ayam ini.

“Keuntungan diperoleh tidak menentu namun boleh mencecah ke RM4,000 dalam sehari,” katanya ketika ditemui.

Katanya, mereka yang bermain kebanyakan tinggal di kawasan ini dan membawa sendiri ayam dan dia hanya menyediakan tempat untuk menyabung ayam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, DatukShazeli Kahar berkata, Polis Kontinjen Selangor menumpaskan satu sindiket perjudian sabung ayam dan bola golek dalam serbuan Ops Cakar

Beliau berkata, serbuan 5.30 petang oleh Bahagian D7Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor itu turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.

“Seramai 72 lelaki berusia antara 20 hingga 70 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dan sabung ayam di lokasi berkenaan.

“Tangkapan merangkumi dua lelaki bertindak sebagai penganjur serta 70 pemain, terdiri daripada 41 warga tempatan dan 31 warga asing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai RM55,075 selain pelbagai peralatan perjudian, manakala pihak veterinar menemukan 14 ayam hidup serta empat ayam mati yang dipercayai akibat aktiviti sabung berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu sudah beroperasi sejak enam bulan lalu, menggunakan kawasan kebun haram yang terlindung sebagai lokasi perlawanan yang diadakan setiap Ahad.

“Nilai pertaruhan bagi setiap perlawanan sabung ayam dilaporkan mencecah sehingga RM10,000,” katanya.

Katanya, kesemua individu yang ditahan kini direman di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32 Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.



Warga asing ubah nama jalan sempena namanya, jadikan tanah lapang tempat sabung ayam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker