Wanna Ali – 3 Bulan Lagi Sehingga Bukan Lagi Hanya Awak & Saya, Tetapi Kita
“”-
Wanna Ali – 3 Bulan Lagi Sehingga Bukan Lagi Hanya Awak & Saya, Tetapi Kita

Pelakon Wanna Ali baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai apabila mengumumkan khabar gembira bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Wanna, atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, meluahkan rasa syukur dan mengakui ia adalah fasa kehidupan baharu yang paling indah selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Khairil Amri Khalid.
“MasyaAllah Tabarakallah. Hanya dalam masa setahun lebih, Allah telah menulis semula seluruh hidupku. Daripada merisik, tunang, nikah dan kini cinta kecil kami semakin membesar dalam diriku.”
Wanna berkongsi bahawa hubungan mereka bukan lagi sekadar mereka berduaa tetapi sudah menjadi bertiga dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
“25 minggu membawa cinta kami, dan 3 bulan lagi sehingga bukan lagi hanya awak dan saya, tetapi kita. Masa berlalu dengan cepat, namun setiap saat terasa seperti dirancang oleh Ilahi. Saya tidak akan mengubah satu perkara pun.
Pada masa yang sama, Wanna turut meluahkan rasa terharu dan syukurnya, menyifatkan fasa baharu kehidupan mereka telah dirancang dengan rapi oleh Allah S.W.T.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
“Kepada suamiku, sejujurnya saya tidak tahu siapa saya tanpamu. Alhamdulillah atas cinta ini, keluarga ini, keajaiban ini. Terima kasih Allah. Sungguh, Tuhan Maha Besar.”
Perkongsian pelakon itu telah menuai pelbagai reaksi termasuklah ramai yang mendoakan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
MURAI pula mendoakan agar semua urusan Wanna Ali dan suaminya, Khairil Amri Khalid dipermudahkan serta kelahiran cahaya mata pertama membawa lebih banyak kegembiraan dalam keluarga kecil mereka. InshaAllah!
Wanna Ali – 3 Bulan Lagi Sehingga Bukan Lagi Hanya Awak & Saya, Tetapi Kita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO
You must be logged in to post a comment.