UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam

UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam

UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam

JOHOR BAHRU, 18 Jan – UMNO Johor menyambut baik usul yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung pembentukan satu kolaborasi melibatkan parti-parti politik berteraskan Melayu dan Islam, yang telah diterima sebulat suara dalam persidangan parti.

Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha tersebut bertujuan memperkukuh persefahaman antara parti-parti berkaitan, menyelaras pendirian serta membincangkan isu-isu kepentingan agama dan bangsa secara bersama dan bersepadu.

Menurut beliau, pendekatan itu dicadangkan untuk digerakkan melalui Majlis Mesyuarat Nasional serta Majlis Perundingan Ummah sebagai platform musyawarah yang tersusun, matang dan berhemah.

“UMNO Johor berharap persidangan ini bukan sahaja menjadi medan perbincangan, malah ruang muhasabah untuk menilai cabaran semasa yang dihadapi negara serta memperkukuh hala tuju perjuangan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak boleh terus selesa dengan pendekatan lama, sebaliknya perlu bergerak ke hadapan dengan memperbaiki kelemahan serta mengangkat kembali kekuatan parti agar kekal relevan dan diyakini rakyat.

Tambahnya, melalui pendekatan yang inklusif serta komitmen tinggi daripada ahli akar umbi, UMNO diyakini mampu membina kepimpinan yang lebih bersatu, berwibawa dan berani dalam menerajui masa depan negara.

“Semangat muafakat dan kekuatan parti perlu terus diperkasakan agar UMNO kekal sebagai wadah perjuangan yang stabil, berprinsip serta berteraskan khidmat kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi. – UMNO Online

UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker