SUV terbakar, nahas babit 3 kenderaan di DUKE
SUV terbakar, nahas babit 3 kenderaan di DUKE

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Jalan Duta menghala ke Ampang, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.28 petang, membabitkan dua SUV dan sebuah kereta sedan.
“Sebuah SUV dipandu lelaki tempatan berusia 38 tahun yang berada di lorong tengah melanggar sebuah kereta sedan dari arah belakang, sebelum kenderaan sedan berkenaan terlanggar sebuah lagi SUV di lorong kanan.
“Akibat pelanggaran berkenaan, SUV dipandu lelaki berusia 38 tahun itu hilang kawalan, terbabas ke pembahagi jalan dan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan keadaan jalan ketika kejadian adalah rata dan kering dengan aliran trafik sederhana.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
Katanya, kemalangan itu turut membabitkan dua lagi pemandu iaitu masing-masing lelaki tempatan berusia 69 dan 21 tahun.
“Kedua-duanya dilaporkan tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, pemandu SUV yang terbabas mengalami sakit di bahagian dada dan menerima rawatan lanjut.
“Polis trafik Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian termasuk mengambil gambar, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan merakam percakapan semua individu terbabit bagi membantu siasatan.
“Ujian pernafasan (EBA) turut dijalankan ke atas pemandu SUV terbabit dan didapati negatif kandungan alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
SUV terbakar, nahas babit 3 kenderaan di DUKE
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.