Slot fahami kekecewaan penyokong Liverpool

Slot fahami kekecewaan penyokong Liverpool

Slot fahami kekecewaan penyokong Liverpool
REAKSI Slot memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang Burnley. FOTO AFP

London: Pengurus Liverpool, Arne Slot berkata, beliau memahami sepenuhnya kekecewaan penyokong Liverpool yang mengejek pasukan selepas seri 1-1 menentang Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Florian Wirtz meletakkan tuan rumah di hadapan di Anfield sebelum Marcus Edwards menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Keputusan itu bermakna Liverpool kini gagal menewaskan mana-mana daripada tiga pasukan yang baru dinaikkan ke EPL di Anfield musim ini, dengan hanya satu kemenangan dalam empat perlawanan liga terakhir.

Walaupun masih berada di tangga keempat liga, mereka kini hanya satu mata di atas Manchester United di tempat kelima.

“Ya, bagi saya itu bukan ejekan, tetapi lebih kepada kekecewaan,” kata Slot ketika ditanya mengenai reaksi penonton di Anfield.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


“Jika kami Liverpool dan bermain menentang Burnley, yang perlu diberi pujian kerana bertahan dengan baik, mengeluarkan bola di atas garisan gol, melakukan segala perkara yang anda mahu lihat jika anda pengurus Burnley, mencuba segala-galanya untuk menghalang kami daripada menjaringkan gol.

“Tetapi jika anda sebagai Liverpool tidak kecewa dengan keputusan seri di laman sendiri menentang Burnley, maka ada sesuatu yang benar-benar tidak kena. Saya faham sepenuhnya kekecewaan itu. Saya merasai kekecewaan yang sama, dan pemain juga pasti merasai kekecewaan sama seperti penyokong.”

Keputusan itu kali ketiga musim ini Liverpool melepaskan mata daripada kedudukan boleh menang dalam EPL. Ia berlaku walaupun pasukan Slot melepaskan 32 percubaan ke arah gol, termasuk 11 tepat ke sasaran, serta mencatat nilai jangkaan gol (xG) 2.95, tertinggi mereka dalam liga musim ini.

Liverpool juga menguasai 73% penguasaan bola ketika menentang Burnley yang menghuni tangga ke-19 liga dengan hanya 14 mata daripada 22 perlawanan.

Slot fahami kekecewaan penyokong Liverpool

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker