Siti Nordiana FC Dinobat ‘Kelab Peminat Paling Viral’

Bukti Kesetiaan & Sokongan Tanpa Henti!

Siti Nordiana FC Dinobat ‘Kelab Peminat Paling Viral’

Siti Nordiana FC Dinobat ‘Kelab Peminat Paling Viral’

Kelab peminat penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana iaitu Siti Nordiana FC mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang Kelab Peminat Paling Viral di acara OhBulan! Paling Viral Online.

Paling Havoc!

Siti Nordiana FC Dinobat ‘Kelab Peminat Paling Viral’

Kemenangan itu menyaksikan Siti Nordiana FC berjaya mengetepikan empat lagi kelab peminat selebriti ternama iaitu Anna Jobling FC, Khai Bahar Empire, Meerqeen Tropers dan TheFATeam.

Dengan kekuatan lebih 182,000 pengikut di Instagram, Siti Nordiana FC bukti simbol kesetiaan peminat yang tidak pernah pudar sehingga melonjakkan nama idola mereka di pentas OhBulan! Paling Viral Online.

Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan semangat luar biasa itu, Siti Nordiana FC berjaya membawa pulang sebuah trofi eksklusif yang direka khas.

OhBulan! Paling Viral Online mendapat sokongan daripada F&N Seasons, jenama minuman terkenal yang tampil sebagai penaja rasmi.

Malam OhBulan! Paling Viral Online dihoskan oleh Fizi Ali dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TikTok serta YouTube OhBulan!, membolehkan peminat di seluruh negara menyaksikan detik bersejarah itu.

Siti Nordiana FC Dinobat ‘Kelab Peminat Paling Viral’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker