Polis buka kertas siasatan program senaman aerobik tidak senonoh
Polis buka kertas siasatan program senaman aerobik tidak senonoh

SHAH ALAM: Polis membuka kertas siasatan susulan video tular di laman sosial berhubung program senaman aerobik yang berkelakuan mengaibkan.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata terdahulu pihaknya mengesan gambar dan video program itu di Facebook pada jam 11.13 pagi tadi.
Beliau berkata, senaman aerobik itu juga dibuat secara langsung dalam aplikasi TikTok.
“Program itu diadakan di Dewan Orang Ramai Bukit Badong, Bestari Jaya, Kuala Selangor.
“Semasa berlangsung terdapat seorang individu bertudung dan berpakaian seragam sekolah tidak memakai kain, manakala seorang lagi hanya memakai seluar ‘legging’,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Azaharudin berkata, hasil siasatan awal mendapati senaman aerobik atau zumba itu bertemakan ‘Back To School’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
Jelasnya, salah seorang daripada pengikut menanggalkan kain sekolah yang dipakai bagi memudahkan pergerakan.
“Susulan kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa gambar di laman sosial memaparkan wanita berpakaian seragam sekolah melakukan aktiviti senaman aerobik dalam keadaan tidak sopan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
Menerusi hantaran itu, rata-rata pengguna mengecam perubatan itu selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
Polis buka kertas siasatan program senaman aerobik tidak senonoh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.