Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO
Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Mahasiswa perlu memainkan peranan sebagai jambatan yang membawa suara dan realiti anak muda kepada kepimpinan parti, bukannya menjadi jurucakap UMNO di dalam universiti, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan terbuka bersama mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan UMNOSiswa yang disifatkan sebagai satu ruang dialog matang serta konstruktif antara kepimpinan parti bersama generasi muda, semalam.
“Mahasiswa ini bukan menjadi suara UMNO di universiti, tetapi mereka mesti menjadi suara mahasiswa kepada UMNO. Zaman sudah berubah. Kita mahu suara mereka didengar oleh kepimpinan parti.
“Pendekatan lama yang melihat mahasiswa sebagai alat menyampaikan agenda parti sudah tidak lagi relevan, sebaliknya UMNO perlu membuka ruang untuk mendengar pandangan, kritikan serta aspirasi anak muda secara jujur dan terbuka,” katanya kepada UMNO Online.
Beliau menegaskan bahawa mahasiswa harus dilihat sebagai ejen kepada komuniti mereka yang membawa isu-isu sebenar berkaitan kebajikan, keselamatan, pendidikan dan masa depan generasi muda kepada parti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
“Mereka ini pemimpin pelajar. Tak kisah sama ada pandangan itu selari atau tidak dengan kita, yang penting kita raikan perbezaan pendapat. Mereka mesti menjadi suara mahasiswa, bukan suara pemimpin atasan,” ujarnya.
Mengimbas kembali pengalamannya sebagai pemimpin pelajar KULN, Dr Akmal mengakui pertemuan tersebut memberikan rasa ‘sirih pulang ke gagang’ dan mengingatkannya kepada proses pembentukan kepimpinan yang pernah dilalui.
“Tugas kita sebagai pemimpin hari ini adalah melahirkan pemimpin, bukan membunuh pemimpin. Insya-Allah, adik-adik mahasiswa inilah yang satu hari nanti akan menggantikan tempat kita,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi turut menyifatkan mahasiswa sebagai pelapis penting kepada kepimpinan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada masa hadapan.

“Kalau kita dekati mereka dari awal, Insya-Allah mereka boleh menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
Beliau memaklumkan bahawa interaksi dua hala sepanjang sesi perbincangan berlangsung dengan baik, terutama apabila mahasiswa Generasi Z cenderung untuk memahami ‘mengapa’ sesuatu keputusan dibuat, bukan sekadar menerima arahan.
“Generasi Z ini tidak ikut kerana siapa kita, tetapi bagaimana kita boleh seiring dengan pemikiran mereka. Apabila ada kefahaman, barulah sokongan itu datang dengan sendiri,” jelasnya.
Tambah beliau, pihaknya menerima permintaan agar kepimpinan Puteri UMNO turun ke universiti-universiti, yang akan disusuli dengan tindakan susulan dalam masa terdekat.
Sebagai penutup, Datuk Nurul Amal berharap agar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini dapat berperanan sebagai wadah utama memperkukuh perjuangan bangsa Melayu dan melahirkan barisan kepimpinan masa depan yang lebih segar serta progresif. – UMNO Online
Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan
You must be logged in to post a comment.