Kamal Adli – Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang

Kamal Adli – Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang

Kamal Adli - Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan salah seorang pengguna akaun TikTok yang menggunakan namanya dan memuatnaik klip video lama yang memaparkan pergaduhannya bersama bekas isteri, Uqasha Senrose.

Kamal Adli menerusi hantaran di Threads menjelaskan bahawa klip video separa tersebut adalah penggambaran dia dan bekas isteri dalam salah sebuah program realiti ‘The House’ selain meminta pihak terlibat untuk tidak menyebarkan fitnah dan memberikan masa untuk mereka bertenang.

“Kat TikTok ada orang post video saya dan Usha bergaduh pasal main futsal. Nak buat fitnah pun agak-agak la. Sah-sah tu shooting untuk Astro ‘The House’.

Post la klip tu sampai habis. Bagi la masa dan ruang orang nak tenang. Dah la pakai nama ‘Kamal Adli’ kat TikTok tu. Bodohla macam ni. Sorry..”-tulis Kamal Adli di Threads

Kamal Adli - Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang

“Siapa Yang Fitnah Tu Habis Laa Nak Cari KA Nanti Nak Minta Maaf..”

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan tindakan Kamal yang menegur pengguna TikTok terlibat, malah ramai yang meminta pelakon ini untuk terus bersabar dengan ujian yang menimpa.

“Exactly sah-sah la tu shooting, ada drama sikit rasanya depa nak macam tu ke, suka sangat judge orang depa ni, siapa yang fitnah tu habis la nak cari KA nanti nak minta maaf. Lain kali doa yang baik-baik dari fitnah main sebut tak tahu hujung pangkal. Netizen-netizen sila laa buat benda yang baik dan 2026.”

“Tak rilek la siapa yang buat tu, bagi la masa untuk bertenang untuk mereka berdua aduhaii.”

“Bro stay strong, kat luar sana banyak yang percaya dengan kau. Dan yakin yang ko mampu harungi masa sukar ni. Aku juga seorang ayah. Kami akan sentiasa doakan yang terbaik buat kau KA. Bila kau dah bangkit dan berjaya, percayalah masa tu kau akan menangis kegembiraan dalam hati kau akan ada sejuta keriangan.”

Sekadar info, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

“Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

Uqasha dan Kamal Adli sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira.

Kamal Adli – Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker