Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000

‘Kalau Arwah Ayah Ada Mesti Dia Gembira’

Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000

Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000

Menepati ramalan, penyanyi Iskandar Ismail dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad.

Iskandar Juara GV12

Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000

Kemenangan tersebut menyaksikan Iskandar membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi kemenangan.

Pada malam kemuncak itu, Iskandar mempersembahkan lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain bagi pusingan solo, sebelum bergandingan bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Senja Nan Merah untuk pusingan duet.

Penyanyi kelahiran Singapura itu tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan terharu serta menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang penyertaannya dalam program tersebut.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua juri. Jangan kita saling membenci. Terima kasih kepada pasukan Gegar Vaganza kerana memberi saya peluang.

Terima kasih juga kepada peminat, keluarga dan isteri tercinta. Kalau arwah ayah masih ada, pasti dia gembira.

Dalam pada itu, tempat kedua menjadi milik trio Mendua yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, manakala Nubhan meraih tempat ketiga dengan hadiah RM30,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


Sementara itu, Mark Adam dan Mell Sakura masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan RM15,000.

Ruri Repvblik pula diumumkan sebagai pemenang tempat keenam dengan hadiah wang tunai RM10,000.

Gegar Vaganza musim ke-12 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, manakala barisan juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker