FRU tumpas aktiviti lombong emas haram, rampasan bernilai lebih RM640,000
FRU tumpas aktiviti lombong emas haram, rampasan bernilai lebih RM640,000

GUA MUSANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai jentera dan peralatan bernilai RM640,729.40 serta menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam aktiviti perlombongan emas haram dalam Operasi Bersepadu Khazanah di Ladang Sawit Sungai Terah, di sini, semalam.
Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof, berkata operasi bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan.
“Bertindak atas maklumat risikan, pasukan operasi menjalankan serbuan kira-kira jam 6 petang semalam dan menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar.
“Pemeriksaan mendapati, kedua-dua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah dan lesen perlombongan yang dibenarkan, sekali gus membawa kepada penahanan dan tindakan lanjut oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
Dalam operasi ini, katanya, pihak berkuasa menyita pelbagai jentera dan peralatan perlombongan termasuk dua unit jentera pengorek hidraulik, sebuah kenderaan Toyota Hilux, enjin pam penyedut, palong, karpet pemprosesan serta diesel yang disyaki digunakan bagi menjalankan aktiviti perlombongan emas secara haram.
“Kes disiasat di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965,” katanya.
FRU tumpas aktiviti lombong emas haram, rampasan bernilai lebih RM640,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.