Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!
Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan mencadangkannya untuk menghasilkan karya yang penuh mesej seperti filem yang diinspirasikan daripada tragedi sebenar yang berlaku di Gaza pada Januari 2024 berjudul The Voice of Hind Rajab.
“Daripada kau buat cerita mengarut, lebih baik kau buat cerita ala-ala Hind Rajab ni. Saja nak cadang supaya ada jugak kau terfikir filem-filem macam ni yang penuh mesej.
Berbaloilah kalau viral pun kan. Jangan marah ya, sekadar idea je sebab aku tak nampak pun kau support filem ni?.”-DM oleh salah seorang netizen di Instagram
“Tak Baik Cakap Cerita Saya Mengarut..”
Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia sememangnya mahu menghasilkan karya seperti filem tersebut, namun tiada modal dan penaja menjadi penghalangnya untuk berbuat demikian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
Malah, Erma turut mencadangkan netizen terlibat untuk menjadi penyumbang modal untuknya menerbitkan hasil karya yang memberikan mesej kepada penonton.
“Hai lah Kak Nor oi, saya ni kalau boleh memang teringin nak buat cerita macam tu tapi duit takde. Apa kata kak Nor je jadi funder saya. Confirm esok jugak saya siapkan skrip.
Tak baik cakap cerita saya mengarut. Tengok ke tak tu drama saya. Jangan main petik je.”-balas Erma di Instagram

Sudah Merancang Mahu Tonton Filem The Voice Of Hind Rajab
Tambah Erma, dia dan rakan-rakan sudah merancang dari awal untuk menonton filem The Voice of Hind Rajab pada hujung minggu ini selain turut mengajak netizen tersebut untuk sertai bersama mereka sebagai tanda sokongan terhadap filem itu.
“Satu lagi, mana kak Nor tahu saya tak support filem Hind Rajab ni. Saya siap plan dengan kawan-kawan nak pergi tengok Ahad ni.
Saya nak jemput akak join sekali tengok nak? Saya belanja akak. Ada berani? Saya tunggu akak okay. Jangan tak datang.”-balas Erma lagi
Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.