Cautinho wira Penang FC

Cautinho wira Penang FC

Cautinho wira Penang FC
PEMAIN Kuching City FC, Ahmad Danial Ahmad Asri (dua dari kanan) cuba melepasi kawalan pemain Penang FC. FOTO Bernama

Georgetown: Penang FC meraih bekalan tipis selepas menewaskan Kuching City FC 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, petang tadi.

Penyerang baharu tuan rumah, Douglas Cautinho muncul wira pasukan apabila menanduk masuk hantaran pemain tengah, Erick Brendon yang menerjah penjuru gawang dikawal Muhammad Haziq Nadzli pada minit ke-40.

Terdahulu, pada minit ke-25 Haziq melompat tinggi menumbuk bola sebelum berlaga dengan penyerang muda Penang, Alif Ikmalrizal. Namun, pengadil Faizudin Ismail memutuskan tiada sepakan penalti diberikan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Intensiti kedua-dua pasukan semakin memuncak memasuki babak kedua, tetapi perlawanan terhenti seketika pada minit ke-61 apabila Amirul Kamil Jaser terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan bahu akibat perlanggaran dengan penyerang pelawat, Ramadhan Saifullah ketika menggelecek bola.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


Tiga minit kemudian, Wan Rohaimi Wan Ismail melakukan pertukaran serentak bagi menambah daya serangan dengan memasukkan penjaring terbanyak pasukan, Dylan Wenzel-Halls menggantikan Alif Ikmalrizal manakala Chia Ruo Han mengisi kekosongan ditinggalkan Amirul Kamil.

Pada saat genting, anak buah Aidil Sharin Sahak hampir menjaringkan gol saguhati pada minit ke-90, namun sepakan percuma pemain gantian, Joao Pedro da Silva Freitas sedikit tersasar ke sebelah kanan gawang.

Tambahan masa tiga minit menyaksikan Wenzel-Halls tenang menyumbat gol selepas melakukan larian solo melepasi halangan Jimmy Raymond tetapi malangnya kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama selepas semakan VAR mengesahkan dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Keputusan kekal hingga wisel penamat dengan pertemuan timbal balik dijangka menjanjikan aksi sengit antara kedua-dua pasukan menjelang perebutan tiket kelayakan perlawanan seterusnya di Stadium Negeri Sarawak, Sabtu ini.

Cautinho wira Penang FC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker