Budak perempuan 13 tahun di dalam kereta dilarikan, ditemui selamat di Shah Alam
Budak perempuan 13 tahun di dalam kereta dilarikan, ditemui selamat di Shah Alam

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun ditemui selamat selepas sebuah kenderaan dinaikinya dilarikan ketika di letakkan di tepi jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata kejadian membabitkan sebuah Perodua Viva perak dilarikan seorang suspek ketika mangsa berada di tempat duduk belakang dan sedang bermain telefon bimbit kira-kira jam 7 malam.
Beliau berkata, anggota bertugas di Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kenderaan berkenaan dicuri bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira 13 tahun di dalamnya.
“Maklumat itu segera disalurkan kepada semua anggota di lapangan bagi mengesan kenderaan dan mangsa.
Beliau berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih trauma akibat kejadian berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
“Ketika kejadian, enjin kenderaan dalam keadaan dimatikan. Mangsa sebelum itu menghidupkan enjin selepas meminta kunci daripada bapanya kerana ingin duduk di dalam kereta.
“Suspek menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kenderaan selepas mangsa menjerit, namun tidak bertindak ganas dan hanya mengarahkannya supaya berdiam diri,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dan kenderaan berkenaan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat.
Kenderaan yang ditemui semula itu turut diperiksa oleh pasukan forensik Kontinjen Polis Selangor.
Ramsay berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik daripada jagaan sah.
“Jika disabitkan kesalahan mencuri kenderaan, pesalah boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
“Bagi kesalahan menculik kanak-kanak daripada jagaan sah, hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman di talian 011-1755 4394.
“Susulan maklumat daripada orang awam, mangsa bersama kenderaan terbabit ditemui di tepi jalan berhampiran Restoran D’ Shell, Seksyen 26, kira-kira sejam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ramsay, anggota polis bersama pegawai Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam mengesahkan kanak-kanak perempuan itu ditemui dalam keadaan selamat.
Beliau berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih trauma akibat kejadian berkenaan.
“Ketika kejadian, enjin kenderaan dalam keadaan dimatikan. Mangsa sebelum itu menghidupkan enjin selepas meminta kunci daripada bapanya kerana ingin duduk di dalam kereta.
“Suspek menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kenderaan selepas mangsa menjerit, namun tidak bertindak ganas dan hanya mengarahkannya supaya berdiam diri,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dan kenderaan berkenaan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat.
Kenderaan yang ditemui semula itu turut diperiksa oleh pasukan forensik Kontinjen Polis Selangor.
Ramsay berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik daripada jagaan sah.
“Jika disabitkan kesalahan mencuri kenderaan, pesalah boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.
“Bagi kesalahan menculik kanak-kanak daripada jagaan sah, hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman di talian 011-1755 4394.
Budak perempuan 13 tahun di dalam kereta dilarikan, ditemui selamat di Shah Alam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.