2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra

2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra

2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra
Sebuah kereta terbakar di Plaza Tol Jitra, arah utara yang mengakibatkan dua mangsa ditemukan rentung. – Foto IHSAN BOMBA

JITRA: Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 1.05 pagi tadi.

Beliau mengetuai operasi itu bersama tujuh anggota dari BBP Jitra tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan dibantu lima anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian dan mengarahkan BBP Jitra ke lokasi dengan segera.

2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra
Api marak menyebabkan sebuah kereta jenis Honda musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra sebelum dua individu ditemukan rentung. – Foto tular

“Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta Honda Civid FD dan api ketika itu sedang marak.

“Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemukan terdapat dua mangsa rentung dalam kereta terbabit.

“Bagaimanapun, setakat ini identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra
Api marak menyebabkan sebuah kereta jenis Honda musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra sebelum dua individu ditemukan rentung. – Foto tular

Noor Azhar berkata, api berjaya dikawal pada jam 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.

2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker