Tetamu majlis kahwin berebut kutip ‘hujan’ duit

Tetamu majlis kahwin berebut kutip ‘hujan’ duit

Tetamu majlis kahwin berebut kutip ‘hujan’ duit
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai berebut mengutip duit yang dilemparkan oleh keluarga pengantin. – TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Garut, wilayah Jawa Barat memaparkan tetamu sebuah majlis perkahwinan berebut mengambil wang yang dilemparkan oleh keluarga pengantin baharu, lapor portal berita Lambe Turah.

Majlis perkahwinan itu berlangsung di daerah Balubur Limbangan, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @hambali.alghazali menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mengutip wang kertas dengan jumlah keseluruhan sebanyak 25 juta rupiah (RM6,000) yang dilemparkan dari atap rumah.

Wang tersebut bernominasi 5,000 rupiah (RM1.20), 10,000 rupiah (RM2.40) dan 20,000 rupiah (RM5.40).

Lebih mengejutkan, ‘pengagihan’ wang itu mengambil masa lebih satu jam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Seeloknya dibahagikan sama rata,” kata seorang netizen.

“Mantap,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tetamu majlis kahwin berebut kutip ‘hujan’ duit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker