Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata penangguhan pemilihan UMNO adalah bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Beliau berkata parti itu juga memerlukan kekuatan dalaman bagi berdepan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor serta PRU16.
“Fokus kita pilihan raya dulu. Kalau kita sibuk dengan pemilihan nanti, macam-macam cerita pula,” katanya kepada pemberita semalam.
Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO hanya akan mengadakan pemilihan parti selepas PRU16 dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 2022, membolehkan perkara itu dilaksanakan.
Berdasarkan pindaan perlembagaan itu, penangguhan pemilihan tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan atau tidak lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Kali terakhir pemilihan UMNO dibuat pada 2023 dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi mengesahkan UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk menyertai semula parti itu. – BERNAMA
Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.