PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam

KUALA LUMPUR, 17 Jan – UMNO akan mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan satu kolaborasi agung melibatkan semua parti politik Melayu-Islam bagi menyatukan pemikiran serta gerak kerja dalam mempertahankan agenda Melayu dan Islam.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan penubuhan kolaborasi tersebut telah diterima dan dipersetujui oleh perwakilan menerusi usul dibentangkan pada Persidangan Agung UMNO (PAU), selaras dengan Perlembagaan UMNO yang menetapkan bahawa setiap usul diluluskan menjadi dasar parti.
Menurut beliau, usul berkenaan bertujuan membuka ruang perbincangan dan muzakarah antara parti-parti politik Melayu-Islam untuk mencari titik persamaan demi kepentingan ummah secara keseluruhan.
“Saya merujuk kepada Perkara 8 Perlembagaan UMNO menyatakan bahawa usul-usul diputuskan dalam PAU adalah usul yang diterima pakai. Oleh itu, apabila perwakilan bersetuju dengan cadangan kolaborasi agung ini, ia menjadi satu mandat kepada parti,” katanya.
“Walaupun beberapa platform sedia ada seperti Jawatankuasa Mesyuarat Nasional dan Majlis Perundingan Ummah telah diwujudkan, kolaborasi agung ini merupakan satu inisiatif baharu yang masih belum mempunyai jawatankuasa khusus.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
- Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO
- Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
“Bagi kolaborasi agung ini, kita belum membentuk sebarang jawatankuasa. Namun, UMNO akan memulakan kerja-kerja awalan dengan mengadakan pertemuan bersama kepimpinan utama parti-parti politik Melayu dan Islam yang berhasrat untuk mendekatkan kerjasama,” katanya pada sidang media selepas PAU 2025 melabuhkan tirai.
Beliau menegaskan, UMNO sebagai parti Melayu-Islam terbesar mengambil tanggungjawab untuk mempelopori usaha tersebut kerana sehingga kini tiada cadangan konkrit dibawa secara rasmi ke mana-mana persidangan atau mesyuarat parti politik berkaitan.
“Langkah ini bukan sekadar cadangan di atas kertas, sebaliknya satu pendekatan proaktif dan strategik untuk menggabungkan seluruh tenaga serta pemikiran parti-parti politik Melayu-Islam melalui muzakarah.
“Kolaborasi agung ini tidak akan menggunakan istilah ‘Muafakat Nasional’ memandangkan nama tersebut telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Jika ada cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional dengan nama baharu seperti Muafakat Nasional 2.0, kita menolak penggunaan istilah itu kerana ia telah didaftarkan sebagai NGO,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa pertemuan awal akan melibatkan kepimpinan tertinggi parti-parti berkaitan, termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Setiausaha Agung dan pimpinan kanan yang berkaitan.
“Kita akan mulakan dengan pimpinan utama, ‘top 10’ kepimpinan parti-parti berkenaan. Tiada sebarang perjanjian dimeterai pada peringkat ini kerana ia merupakan langkah awal ke arah membina kesepahaman.
“Usaha tersebut bukan bersifat perkauman atau menafikan kepentingan kaum dan agama lain, sebaliknya bertujuan memastikan agenda Melayu serta Islam terus dibela secara tersusun dan berkesan.
“Ini bukan soal menafikan hak kaum atau agama lain, tetapi hakikatnya agenda Melayu dan Islam sering dibangkitkan dalam perhimpunan agung parti-parti politik. Maka UMNO menyambut perkara ini sebagai satu langkah proaktif demi kestabilan dan keharmonian negara,” katanya.
Beliau menambah bahawa cadangan kolaborasi agung itu merupakan usul yang dibawa sendiri oleh Presiden UMNO dan telah mendapat sokongan padu para perwakilan sebagai satu langkah strategik ke hadapan.
“Saya membawa sendiri usul ini ke Persidangan Agung dan perwakilan telah menerimanya. Ini adalah mandat yang perlu kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab,” katanya lagi – UMNO Online
PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.