PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan
PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan

SUASANA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) minggu ini meriah dengan ribuan orang ramai berkampung di sini. Lautan merah membanjiri dewan dan kawasan sekitar, menggambarkan semangat yang membara daripada jumalh keseluruhan 6,412 perwakilan yang hadir, bersatu membawa suara akar umbi ke pentas nasional.
Inilah Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 bukan sekadar perhimpunan tahunan tetapi ia adalah simbol keyakinan, harapan, dan azimat perjuangan UMNO yang terus menyala.
Dengan arah jelas, langkah seiring menjadi PAU 2025 bukan hanya meriah dengan warna namun yang utama adalah semangat perjuangan yang jelas, menegaskan bahawa parti bersedia menghadapi cabaran politik dengan strategi mantap serta perpaduan jitu.
Setiap ucapan, setiap perbahasan, dan setiap resolusi membawa mesej jelas: UMNO bukan sahaja bersedia untuk masa depan, tetapi yakin mampu memimpin dengan bijak dan berwibawa.
Ucapan dasar Presiden UMNO dan ucapan penggulungan menjadi detik kemuncak perhimpunan. Dengan nada tegas tetapi penuh inspirasi, Presiden menyeru semua perwakilan untuk memperkukuh kesetiaan kepada parti, menghidupkan semangat khidmat rakyat, dan terus melangkah tanpa ragu malah terus memperkukuh Rumah UMNO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
PAU 2025 bukan sekadar berhimpun, persidangan ini adalah detik memperbaharui tekad, menguatkan disiplin, dan menyalakan harapan. Sorakan perwakilan yang memenuhi dewan pula adalah tanda sokongan padu terhadap hala tuju parti.
Perbahasan perwakilan menunjukkan kematangan dan keberanian ahli akar umbi. Dari isu generasi muda hingga wanita, dari pembangunan ekonomi hingga kebajikan rakyat, suara yang jelas, bernas, dan membina.
Apatah lagi, Presiden UMNO mengumumkan akan mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan satu kolaborasi agung melibatkan semua parti politik Melayu-Islam bagi menyatukan pemikiran serta gerak kerja dalam mempertahankan agenda Melayu dan Islam.
Walaupun berbeza perspektif, semuanya berpadu dalam satu semangat untuk memperkukuh bangsa Melayu-Islam dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat. PAU 2025 menjadi pentas bukan hanya untuk bersuara, tetapi untuk menawarkan solusi dan strategi nyata.

PAU 2025 juga menyaksikan kejayaan praktikal dari segi organisasi. Ini menandakan kesiapsiagaan UMNO untuk menghadapi cabaran masa depan. Dari pengukuhan disiplin parti hingga perancangan strategik menghadapi pilihan raya, semua langkah disusun rapi. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, tetapi menjadi azimat moral dan inspirasi bagi perwakilan ketika pulang ke bahagian masing-masing.
Bagi 2,928 perwakilan PAU 2025, 1,165 perwakilan Wanita, 1,173 perwakilan Pemuda dan 1,146 perwakilan Puteri mendapat bekalan semangat.
Mereka pulang bukan sekadar membawa nota atau resolusi, tetapi azimat perjuangan dengan keyakinan, kesetiaan, dan tekad untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan parti.
Setiap perwakilan menjadi duta mesej parti, membawa inspirasi dan tenaga positif ke seluruh negara melalui Rumah UMNO. PAU 2025 membuktikan bahawa apabila hati bersatu, langkah pasti mantap, dan perjuangan pasti berjaya.
PAU 2025 telah berjaya menyalakan harapan, menyatu tekad, dan memperkuat semangat UMNO. Kini, perjuangan diteruskan, dengan keyakinan, perpaduan, dan semangat yang tidak pernah padam. – UMNO Online
PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.