Gadis cuba racun ibu bapa kerana dilarang jumpa kekasih

Gadis cuba racun ibu bapa kerana dilarang jumpa kekasih

Gadis cuba racun ibu bapa kerana dilarang jumpa kekasih
GAMBAR fail beberapa ekor tikus. – Foto Getty Images

BRASILIA – Seorang gadis berusia 17 tahun di Brazil dilaporkan mengaku mencampurkan racun ke dalam bekal makanan tengah hari untuk tiga anggota keluarga terdekat selepas ibu bapanya melarang dia berjumpa teman lelaki, lapor portal berita Daily Star semalam.

Gadis itu memasukkan racun chumbinho yang dijual secara haram di Brazil untuk membunuh tikus ke dalam makanan untuk ibu, bapa dan sepupunya.

“Dia mengambil tiga hidangan yang disediakan setiap malam oleh ibu untuk dirinya sendiri, bapa dan sepupunya sebelum menambah racun tikus,” kata jurucakap polis tentera, Mejar Renato Geraldo da Silva.

Gadis itu dilaporkan mengaku cuba meracuni keluarganya di bandar Nova Serrana, negeri Minas Gerais, Brazil, pada 7 Januari lalu.

Geraldo berkata: “Dia menyatakan bahawa bekas racun itu sudah berada di dalam rumah dan menceritakan pertengkaran yang berlaku pada awal pagi kerana dia keluar tanpa kebenaran keluarga.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


Sepupunya mula makan salah hidangan tersebut tetapi menyedari teksturnya yang luar biasa sebelum memaklumkan ibu bapa gadis suspek sebelum mereka sempat menjamah makanan tersebut.

Dia kemudian mendapatkan rawatan perubatan, menjalani prosedur cucian perut dan ditempatkan di bawah pemerhatian dalam keadaan klinikal yang stabil.

Pasukan forensik turut pergi ke kediaman berkenaan dan mengumpul ketiga-tiga hidangan, termasuk satu yang masih tidak disentuh.

Sampel makanan dan butiran racun itu dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi mengesahkan kandungan racun.

Polis mengesahkan penahanan gadis tersebut dan memaklumkan bahawa kes itu masih dalam siasatan. – AGENSI

Gadis cuba racun ibu bapa kerana dilarang jumpa kekasih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker