Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina

Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina

Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Cadangan Presiden UMNO untuk membentuk satu kolaborasi agung (grand collaboration) melibatkan parti-parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam menerima sokongan jelas daripada para perwakilan dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) kali ini.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sokongan tersebut dizahirkan secara terbuka apabila perwakilan menyatakan persetujuan sebanyak tiga kali di dalam dewan persidangan, sekali gus mencerminkan kesepakatan terhadap keperluan ruang perbincangan yang matang dan bertanggungjawab.

“Cadangan Presiden UMNO berhubung pembentukan satu kolaborasi agung antara parti-parti politik dan NGO Melayu dan Islam telah disambut baik oleh para perwakilan dalam Persidangan Agung UMNO kali ini,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan hal terbabit.

Beliau menegaskan bahawa cadangan berkenaan bukan satu koalisi politik dan sama sekali tidak bertujuan menggugat atau menggantikan Kerajaan Perpaduan MADANI yang sedang mentadbir negara.

“Cadangan ini bukan satu koalisi politik dan tidak sama sekali bertujuan untuk menggugat atau menggantikan Kerajaan Perpaduan MADANI,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


Menurut Azalina, kolaborasi tersebut diwujudkan sebagai satu ruang musyawarah dan kerjasama berasaskan titik persamaan dalam isu-isu bersama, khususnya yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

“Ia adalah satu ruang musyawarah dan kolaborasi, berasaskan titik persamaan isu-isu bersama, khususnya berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.”

Mengulas realiti semasa, beliau berkata kewujudan isu-isu sensitif termasuk 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja menuntut satu ruang dialog yang jujur serta terkawal bagi mengelakkan eksploitasi yang tidak bertanggungjawab.

“Mengelak perbincangan hanya akan membiarkan isu-isu ini dieksploitasi secara tidak bertanggungjawab,” jelas beliau.

Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina

Sehubungan itu, penubuhan kolaborasi ini dilihat sebagai langkah ke hadapan dalam menyediakan ruang dialog kepada orang Melayu yang merupakan majoriti dalam negara, tanpa mengira perbezaan politik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah

“Perbezaan politik bukan alasan untuk tidak bersama atas kelangsungan satu bangsa dan agama,” katanya.

Azalina turut menegaskan bahawa UMNO memikul tanggungjawab tersebut secara serius kerana parti itu mempunyai legitimasi, autoriti serta kedudukan dalam kerajaan untuk membawa agenda kepentingan Melayu dan Islam ke dalam kerangka pentadbiran negara secara sah dan berkesan.

“UMNO merupakan satu-satunya parti Melayu yang mempunyai legitimasi, autoriti dan kedudukan dalam kerajaan untuk membawa agenda kepentingan Melayu dan Islam secara sah dan berkesan.”

Tambah beliau, usaha berkenaan turut melangkaui sempadan politik kepartian dengan mengambil kira pandangan NGO, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta pelbagai pihak berkepentingan yang berkongsi aspirasi memperkukuh kedudukan Melayu dan Islam dalam kerangka negara majmuk.

Beliau juga menegaskan komitmen UMNO terhadap kestabilan negara, perpaduan rakyat serta kelangsungan Kerajaan Perpaduan MADANI.

“UMNO kekal komited kepada kestabilan negara, perpaduan rakyat dan kelangsungan Kerajaan Perpaduan MADANI, di samping memastikan amanah terhadap agama, bangsa dan negara terus dipelihara.” – UMNO Online



Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker