Buat aduan polis ada cili dalam makanan
Buat aduan polis ada cili dalam makanan

SINGAPURA – Seorang wanita membuat laporan polis kerana hidangan mihun wantan ladu udang yang dibeli dari sebuah gerai mengandungi cili, lapor portal berita Stomp semalam.
Sebelum pembelian dia menyatakan, tidak mahukan cili dalam makanan tersebut.
Pelanggan dikenali sebagai Carol itu menyifatkan kejadian menimpanya sebagai pengalaman yang sangat buruk.
Dia memesan mihun watan daripada gerai tersebut di sebuah kedai kopi di Serangoon North Avenue 1, Singapura pada 13 Januari lalu.
Apabila Carol tiba di rumah, dia mengalami kejutan tidak menyenangkan.
“Saya membuka makanan itu dan mendapati semuanya (makanan) dipenuhi cili. Ia sangat pedas!.
“Saya sangat marah. Saya menaiki bas semula untuk mencarinya dan bertanya mengapa dia berbuat demikian kepada saya,” kata Carol.
Namun, apabila dia tiba di gerai tersebut, ia sudah ditutup dan penjual mihun itu tiada di premis berkenaan.
Carol kemudian pergi ke Pos Polis di Serangoon North Avenue 1 untuk membuat aduan. – AGENSI
Buat aduan polis ada cili dalam makanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan
You must be logged in to post a comment.