Yaya Maembong Merayu Minta Bantuan Pempengaruh, Artis & Orang Ramai Viralkan Kes Hilang Nadia Kesuma [VIDEO]
Yaya Maembong Merayu Minta Bantuan Pempengaruh, Artis & Orang Ramai Viralkan Kes Hilang Nadia Kesuma [VIDEO]
![Yaya Maembong Merayu Minta Bantuan Pempengaruh, Artis & Orang Ramai Viralkan Kes Hilang Nadia Kesuma [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/01/New-Latest-Default-Image-92.webp)
Pelakon, Yaya Maembong merayu bantuan orang ramai agar terus menyebarkan berita kehilangan sahabatnya, aktres Nadia Kesuma supaya kes tersebut mendapat perhatian serius daripada semua pihak.
‘Masih belum ditemui’
![Yaya Maembong Merayu Minta Bantuan Pempengaruh, Artis & Orang Ramai Viralkan Kes Hilang Nadia Kesuma [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/01/New-Latest-Default-Image-91-1024x576-1.png)
Menerusi hantaran di TikTok, Yaya, 48, memaklumkan Nadia masih belum ditemui sejak dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 15 Januari lalu.
Kawan saya, Nadia Kesuma masih belum ditemui sejak tiba di lapangan terbang Jeddah pada 15 Januari.
Mesej terakhir yang dihantar oleh Nadia kepada kami berbunyi, ‘I met stranger’ dan selepas itu dia terus hilang serta tidak dapat dihubungi.
Yaya turut merayu kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat agar segera tampil membantu dengan menghubungi pihak berkuasa.
Saya mohon kepada semua yang melihat video ini, sekiranya ternampak Nadia atau mempunyai apa-apa maklumat, walaupun sedikit, tolong hubungi pihak berkuasa dengan segera.
Kepada rakan-rakan artis, pempengaruh dan orang ramai, bantulah kami dengan membuat video kesedaran. Lebih ramai bersuara, lebih besar peluang kes ini diberi perhatian dan dipandang serius.
Dalam pada itu, Yaya turut meminta orang ramai untuk mendoakan keselamatan Nadia agar ditemui dalam keadaan baik.
Tolong sebarkan tentang kes kehilangan Nadia dan doakan kesihatan serta keselamatannya. Semoga dia ditemui dalam keadaan selamat.
Terdahulu, Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London yang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
Menurut agensi Nuh Travel, Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, merupakan salah seorang jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris bersama 21 jemaah lain.
Kes kehilangan aktres berkenaan kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Video
@yayamaembong23 ⚠️ TOLONG BACA & SEBARKAN ⚠️ Sahabat kami Nadiah Kesumawati masih belum ditemui sejak beberapa hari lalu selepas tiba di Jeddah, Arab Saudi. Kalau sesiapa nampak video ini atau ada apa-apa maklumat, walaupun sekecil apa pun — ➡️ Tolong hubungi pihak berkuasa dengan segera. ➡️ Tolong bantu sebarkan posting ini. Kami merayu… Demi sahabat kami, demi keselamatan dia, demi keluarga yang sedang menunggu berita — tolong bantu panjangkan video ini. Kepada kawan-kawan artis, influencer, dan sesiapa yang ada platform, kami mohon sangat… Tolong buat satu video awareness juga supaya kes ini mendapat perhatian semua pihak. Semoga Nadiah segera ditemui dalam keadaan selamat. 🤲🏻💔 #FindNadiahKesumawati #MissingPerson #DoakanNadiah #PrayForNadiah #Sebarkan @nadiakesuma
Sumber: TikTok
Yaya Maembong Merayu Minta Bantuan Pempengaruh, Artis & Orang Ramai Viralkan Kes Hilang Nadia Kesuma [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.