Wei Chong–Kai Wun fokus tingkatkan aspek bertahan

Wei Chong–Kai Wun fokus tingkatkan aspek bertahan

Wei Chong–Kai Wun fokus tingkatkan aspek bertahan
AKSI Wei Chong (kanan) dan Kai Wun. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun akan mempertingkatkan lagi corak permainan terutama ketika bertahan agar mampu melangkah lebih jauh dalam kejohanan akan datang.

Bagi Wei Chong, mereka sudah beraksi dengan baik namun kadang kala beberapa kesilapan ketika bertahan memberi mata kepada lawan.

Justeru, dia berharap mampu beraksi lebih baik selepas ini sekali gus berada di podium selepas dua kali berturut-turut tewas di suku akhir.

“Mungkin dari segi pertahanan kami. Saya rasa ia masih belum cukup konsisten dan pada ketika itu kami tidak mempunyai kelebihan yang jelas.

“Dalam dua kejohanan ini, kami berjaya mara ke suku akhir (Terbuka Malaysia dan Terbuka India). Kami sangat berharap dapat melangkah lebih jauh selepas ini dan seterusnya naik ke podium,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


Mengulas kekalahan kepada pasangan China, Liang Wei Keng–Wang Chang di pusingan 16 terbaik semalam, Wei Chong berkata mereka cuba beraksi lebih agresif untuk mendapatkan mata dan mematikan bulu tangkis lawan dengan lebih pantas.

“Saya rasa bulu tangkis agak laju dan ada sedikit angin. Jadi kami lebih memberi tumpuan kepada tiga pukulan pertama kerana jika bermain bertahan, agak sukar untuk mendapatkan mata.

“Sebab itu kami cuba bermain sebaik mungkin di bahagian hadapan gelanggang,” katanya.

Malah, Kai Wun turut bersetuju bahawa keadaan gelanggang serta pergerakan angin memberi sedikit kesan terhadap corak permainan mereka.

“Saya rasa salah satu bahagian gelanggang memang agak sukar untuk dimainkan. Jika pukulan sedikit perlahan, lawan akan terus menyerang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


Selepas ini, beregu nombor enam dunia itu akan menyertai Masters Indonesia dan bakal bertemu rakan senegara, Arif Junaidi–Yap Roy King di pusingan pertama.

Untuk rekod, Wei Chong–Kai Wun adalah juara bertahan selepas mereka muncul juara menewaskan pasangan tuan rumah, Fajar Alfian–Muhammad Rian Ardianto secara straight set 21-11, 21-19.

Wei Chong–Kai Wun fokus tingkatkan aspek bertahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker