Suami ditangkap, diam-diam gadai barang isteri
Suami ditangkap, diam-diam gadai barang isteri

JAKARTA – Seorang lelaki di Sumbawa, wilayah Nusa Tenggara Barat diberkas selepas menggadai motosikal dan komputer riba milik isterinya tanpa pengetahuan wanita itu, lapor laman berita Kompas.
Suspek yang dikenali sebagai SB, 45, menggadai barangan tersebut yang sebelumnya digadaikan oleh seorang individu lain kepada isterinya.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sumbawa, Inspektor Pertama Andy Nur Rosihan Alfajri berkata, kejadian bermula apabila seorang rakan sekerja bernama Deni Pamika menggadaikan sebuah motosikal Honda Supra dan sebuah komputer riba jenama Acer kepada mangsa pada harga 3 juta rupiah (RM720) pada Disember 2025.
“Namun, tanpa pengetahuan mangsa, suspek menjual motosikal dan komputer riba itu kepada pihak lain dengan harga 500,000 rupiah (RM120).
“Seterusnya pada 5 Januari lalu, pelaku menjual motosikal Honda Scoopy milik isterinya pada harga 2 juta rupiah (RM480).
“Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak 12 juta rupiah (RM2,880) dan akhirnya memilih untuk melaporkan suaminya ke Ibu Pejabat Polis Sumbawa untuk prosiding undang-undang,” kata Andy. – AGENSI
Suami ditangkap, diam-diam gadai barang isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.