Sentuhan jurutera baharu untuk Hamilton musim 2026
Sentuhan jurutera baharu untuk Hamilton musim 2026

London: Lewis Hamilton akan bekerjasama dengan jurutera perlumbaan baharu bagi musim Formula Satu (F1) 2026 selepas Ferrari mengesahkan perubahan itu, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama Riccardo Adami.
Sebelum ini, timbul pelbagai andaian sama ada Hamilton akan terus bekerjasama dengan Adami, jurutera perlumbaan Ferrari yang lama berkhidmat, susulan musim pertamanya bersama pasukan itu yang mengecewakan.
Ferrari kini mengesahkan Adami akan menggalas peranan baharu dalam organisasi bermula musim 2026.
Musim pertama juara dunia tujuh kali itu bersama Ferrari tidak berjalan seperti diharapkan apabila dia bergelut menyesuaikan diri dengan persekitaran dan jentera baharu, sekali gus menjejaskan keputusan perlumbaan.
Spekulasi mengenai masa depan kerjasama Hamilton-Adami semakin hangat selepas beberapa insiden yang membayangkan ketegangan antara kedua-duanya, dengan sebahagiannya turut disiarkan menerusi radio pasukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jumaat lalu, Ferrari berkata,”Scuderia Ferrari HP mengumumkan Riccardo Adami telah berpindah ke peranan baharu dalam Scuderia Ferrari Driver Academy sebagai Pengurus Akademi Pemandu Ferrari dan Kereta Ujian Lama.
“Pengalaman luasnya di litar serta kepakaran Formula Satu akan menyumbang kepada pembangunan bakat masa depan dan memperkukuh budaya prestasi keseluruhan program.
“Scuderia Ferrari HP merakamkan penghargaan kepada Riccardo atas komitmen serta sumbangannya dalam peranan terdahulu dan mengucapkan selamat maju jaya dalam jawatan baharunya.
“Pelantikan jurutera perlumbaan baharu bagi kereta nombor 44 akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata pengurusan tertinggi Ferrari.
Ferrari bagaimanapun belum mendedahkan siapa yang bakal menjadi jurutera perlumbaan baharu Hamilton bagi menghadapi cabaran musim 2026.
Sentuhan jurutera baharu untuk Hamilton musim 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.