‘Saya menggeletar tak sanggup tengok keadaan mangsa’
‘Saya menggeletar tak sanggup tengok keadaan mangsa’

JITRA: “Ketika kejadian, kereta saya hanya beberapa meter di belakang van yang tidak berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah dan melanggar motosikal yang ketika itu sudah berada di tengah jalan,” kata Arib Ibrahim Mat Zuki, 28.
Arib Ibrahim berkata, dia menyaksikan sendiri kemalangan itu tidak menyangka penunggang motosikal itu dikenalinya dan arwah yang masih bujang tinggal di Kampung Bukit Beruas, Mukim Binjal, dekat sini.
Katanya, kemalangan itu sungguh menyayat hati dan sebaik kemalangan berlaku, dia memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat mangsa berada di bawah van itu tidak bergerak dan keadaannya agak parah.
“Kereta saya tak ada video kamera papan pemuka (dashcam), tak dapat nak rakam kemalangan itu tetapi memang nampak van itu laju.
“Keadaan mangsa menyedihkan tetapi saya tak berani tengok dekat sehingga badan saya menggeletar, ” katanya ketika dihubungi hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Arib Ibrahim berkata, kawasan itu kerap berlaku kemalangan disebabkan kebanyakan pemandu pandu kenderaan laju di situ sehingga sanggup langgar lampu merah.
“Saya tengok balik video yang tular tu, memang kereta saya ada di belakang van. Lampu isyarat bertukar merah tetapi dia redah juga.
“Jadi depan mata memang trauma buat saya, kasihan tengok keadaan arwah ketika itu,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar van dipandu lelaki 60 tahun dari Satun, Thailand yang tidak berhenti di lampu isyarat merah di Napoh, malam tadi.
Mangsa, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22, dari Kampung Bukit Beruas Mukim Binjal, dekat sini bekerja sebagai pembantu kedai makan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
‘Saya menggeletar tak sanggup tengok keadaan mangsa’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.