Remaja didakwa bunuh rakan sekolah layak dibicarakan
Remaja didakwa bunuh rakan sekolah layak dibicarakan

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu keputusan laporan psikiatri mengesahkan remaja lelaki yang didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, layak dibicarakan.
Peguam Kitson Foong yang mewakili remaja berusia 15 tahun itu berkata, laporan psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mendapati anak guamnya berupaya memahami perkara yang berlaku dalam prosiding mahkamah.
“Penama (remaja lelaki) berupaya dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan dan mampu membela diri.
“Mahkamah turut mengarahkan mulai hari ini, penama ditempatkan di sebuah pusat yang digambarkan sebagai penjara untuk kanak-kanak, iaitu Pusat Koreksional Puncak Alam di Selangor,” katanya kepada media di luar mahkamah selepas prosiding tertutup di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.
Kitson berkata, mahkamah turut mengarahkan remaja itu yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia untuk menghadiri sesi kaunseling dan terapi sebulan sekali serta menetapkan 6 Februari untuk sebutan semula kes.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
- Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO
- Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
Pada 22 Oktober lalu, pelajar itu didakwa membunuh rakan sekolahnya itu di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama antara jam 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.
Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, serta hendaklah dikenakan hukuman tidak melebihi 12 sebatan jika tidak dihukum gantung.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan atau direkodkan terhadap kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang didapati bersalah.
Sebagai ganti hukuman mati seperti diperuntukkan Seksyen 97 (2) akta sama, mahkamah harus memerintahkan individu itu ditahan selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala peguam Nur Izni Syazwani Ahmad hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak ibu si mati. – BERNAMA
Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu keputusan laporan psikiatri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.