Remaja ‘bersilat’ depan treler ditangkap
Remaja ‘bersilat’ depan treler ditangkap

ASUNCION – Seorang remaja di Paraguay ditahan kerana melompat di tengah jalan raya sambil mengacah sebuah treler, menyebabkan pemandu kenderaan berat itu nyaris hilang kawalan, lapor akhbar The Sun UK.
Dalam satu video tular di media sosial, remaja lelaki berusia 19 tahun itu dilihat bergerak dari tepi ke tengah jalan sambil mendepakan tangan ketika sebuah treler meluru laju ke arahnya.
Treler 12 tayar itu dilihat nyaris hilang kawalan ketika pemandunya berusaha mengelak daripada melanggar remaja berkenaan.
Nasib menyebelahi remaja itu apabila tiada pelanggaran berlaku, namun video tersebut tular dan menyebabkan dia akhirnya ditangkap pihak berkuasa.
“Apabila polis mengesannya, dia sedang merakam video lain. Sejurus melihat anggota polis, dia berpura-pura berdiri di tepi jalan,” kata pegawai polis tempatan, Deolinda Lezcano.
Remaja tersebut kini ditahan atas dakwaan terlibat dalam tindakan berbahaya di jalan raya. – AGENSI
Remaja ‘bersilat’ depan treler ditangkap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.