Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan

Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan

Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Ketua UMNO Bahagian Kudat, Datuk Harun Durabi menyifatkan landskap politik pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menuntut kematangan serta komitmen berterusan daripada semua pihak untuk kembali memberi tumpuan kepada agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, tumpuan utama ketika ini bukan lagi kepada perbezaan politik, sebaliknya memastikan setiap amanah yang diberikan rakyat diterjemahkan melalui tindakan yang berkesan dan menyeluruh.

“Pilihan raya telah berlalu. Sekarang adalah masanya untuk bekerja, mensejahterakan rakyat dan memakmurkan Sabah secara holistik.

“Politik bukan hanya soal menang, tetapi menjaga amanah adalah keutamaan,” katanya.

Harun berkata demikian ketika berbahas mewakili Sabah sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


Mengulas lanjut kata beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) usai PRN telah mengambil langkah matang dan bertanggungjawab demi kepentingan negeri serta kestabilan politik Sabah.

Katanya, tindakan tersebut membuktikan kepimpinan berprinsip yang meletakkan kepentingan rakyat dan kestabilan negeri mengatasi perhitungan politik jangka pendek.

“Saya mewakili seluruh UMNO dan rakyat berpandangan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengambil langkah berani dan matang dengan menghantar surat rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk menawarkan kerusi BN dalam pembentukan kerajaan negeri.

“Walaupun enam kerusi dimenangi, namun UMNO/BN tetap menjadi entiti penting dalam membina kestabilan kerajaan. Ini membuktikan bahawa kematangan berpolitik lebih penting daripada keegoan berpolitik,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka.

Dalam pada itu, Harun berkata perjuangan politik perlu dilihat dalam kerangka jangka panjang yang menuntut ketabahan, kesabaran serta keikhlasan demi kelangsungan masa depan negeri.

Beliau berkata, komitmen tersebut adalah demi memastikan kepentingan generasi masa hadapan Sabah terus terbela, khususnya dalam aspek pembangunan, pendidikan dan kesejahteraan rakyat.

“UMNO Sabah mungkin diuji, dilukai tetapi tidak akan hilang. Selagi ada rakyat Sabah yang percaya kepada perjuangan, selagi itu UMNO Sabah akan bangkit.

“Kita mungkin jatuh, Perjuangan ini bukan untuk sehari, tetapi untuk generasi,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker