Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Wakil UMNO Negeri Kedah, Noran Zamini Jamaluddin menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 sebagai amat bermakna dan memberi sinar baharu kepada perjuangan parti.
Menurutnya, sikap berjiwa besar Presiden UMNO yang mempelawa sesiapa sahaja untuk kembali menyertai UMNO, termasuk individu dan juga parti-parti lain, mencerminkan keikhlasan kepimpinan parti dalam memperkukuhkan penyatuan bangsa.
“Pelawaan ini tidak hanya kepada individu tetapi juga kepada mana-mana parti yang ingin bersama dalam ‘Rumah Bangsa’ UMNO. Melihat kepada suasana pada hari ini dapat ditafsirkan seolah ada cahaya di hujung terowong yang sedang menanti UMNO.
“Ini membuktikan sokongan tidak berbelah-bahagi daripada perwakilan UMNO yang melihat agenda ini sebagai langkah strategik untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti,” kata beliau ketika sesi perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
- Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO
- Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
Seterusnya kata Noran, UMNO perlu terus bergerak ke hadapan dengan pendekatan inklusif dan berteraskan kepentingan rakyat demi memastikan parti kekal relevan sebagai tunjang kestabilan negara.
Dalam masa sama, Noran menzahirkan penghargaan buat Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri yang sentiasa berjiwa besar dalam memimpin parti ke arah penyatuan.
“Tahniah kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengetepikan segala perselisihan lalu dengan melancarkan ‘Musyawwarah Nasional’ dengan mana-mana pihak,” katanya lagi.
Tambah Noran, pendekatan inklusif yang digerakkan oleh Presiden UMNO itu wajar disokong oleh seluruh ahli dan akar umbi parti bagi memastikan UMNO terus relevan sebagai parti tunjang perjuangan orang Melayu dan Islam di negara ini. – UMNO Online
Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
You must be logged in to post a comment.