Pemain perlu manfaat aksi gelanggang sendiri- Yusri
Pemain perlu manfaat aksi gelanggang sendiri- Yusri

Alor Setar: Imigresen FC (IFC) mengidamkan peluang lebih baik dan enggan kecewa pada saingan Pusingan 16 Piala Malaysia berdepan Negeri Sembilan FC di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang petang ini.
Ketua Jurulatih IFC Yusri Che Lah berkata selepas terlepas peluang pada saingan pusingan Piala FA pada September tahun lalu dengan kekalahan kepada Terengganu FC (TFC), skuadnya sudah pasti akan mengambil ikhtibar atas keputusan itu.
“Seandainya mereka diberi peluang pada aksi pusingan 16 Piala Malaysia kali ini, saya yakin semua pemain mahu mengambil dan memanfaat setiap peluang yang hadir pada aksi ini.
“Saya yakin kelebihan yang kami ada adalah kadar rehat dan pemulihan pemain dalam seminggu selepas mengutip kemenangan 3-0 keatas Kelantan The Real Warriors pada 10 Januari lalu.
“Oleh itu pemain perlu mengambil ruang sebaiknya pada saingan Piala FA kali ini dengan mencipta bekalan gol sebelum bertandang ke tempat lawan pada 25 Januari depan bagi memastikan impian skuadnya ke suku akhir dapat direalisasikan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Namun disebalik usaha yang sedang dicaturkan, Yusri tetap menganggap lawan cukup kuat dan ini dapat dilihat ketika NSFC berdepan JDT dan Selangor FC sebelum ini.
“Dan selepas mereka menentang pasukan Selangor FC dalam saingan liga lalu, kita sudah boleh menilai kekuatan mereka, dan saya harap mereka tidak ada beraksi menentang kami sepertimana mereka tunjukkan semasa menentang JDT pada 9 Januari lalu.
“Pada aksi diperingkat pusingan awal ini, kami memerlukan jaringan untuk mengukuhkan kedudukan ke suku akhir. Kami bukan sahaja perlu menang, tetapi kami sangat perlukan jaringan gol apabila beraksi di laman sendiri pada kali ini,” katanya.
Pemain perlu manfaat aksi gelanggang sendiri- Yusri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.