PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah

​KUALA LUMPUR, 16 Jan – UMNO Pahang hari ini menggesa seluruh jentera parti untuk berhenti bersikap defensif dan mula bertindak lebih agresif dalam menjelaskan segala khidmat bakti serta amanah yang telah dilaksanakan kerajaan kepada rakyat.

​Wakil UMNO Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, segala inisiatif yang digerakkan oleh kepimpinan parti dalam kerajaan daripada peringkat Menteri Besar hingga ke peringkat wakil rakyat adalah satu amanah besar yang wajib dipertanggungjawabkan dan diketahui oleh rakyat.

Beliau menegaskan, keberanian untuk menyatakan kebenaran adalah kunci utama bagi menepis segala persepsi negatif dan putar-belit fakta yang sedang dimainkan oleh pihak lawan.

​Menurut Syed Ibrahim, terdapat perbezaan yang jelas antara sifat rendah diri dalam amalan peribadi dengan ketelusan dalam urusan tadbir urus kerajaan.

​”Apa yang dilakukan oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri adalah untuk rakyat, dan ia wajar diceritakan sebagai amanah. Jika sedekah peribadi, itu tidak perlu diwar-warkan – tangan kanan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


​”Tetapi apabila melibatkan wang dan kepentingan rakyat, itu adalah amanah yang mesti dijelaskan dengan telus dan berani. Kita tidak mempunyai masalah menceritakan kerja baik yang dilakukan kerana ia berlandaskan nilai Islam dan tanggungjawab kepimpinan,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai penyokong usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

​Mengulas lanjut mengenai persediaan parti mendepani cabaran masa depan, Syed Ibrahim mengingatkan bahawa rakyat adalah penentu mutlak nasib UMNO, terutamanya apabila tiba musim pilihan raya.

​Beliau mempersoalkan sejauh mana ahli parti yakin dengan ideologi perjuangan sendiri sebelum cuba meyakinkan masyarakat di luar sana.

​”Persoalannya, adakah kita sendiri yakin dengan apa yang kita perjuangkan? Kita tidak boleh ragu terhadap apa yang kita lakukan. Jangan sampai doa kita sendiri mencerminkan ketidakyakinan terhadap usaha yang dilaksanakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


​”Rakyat melihat kita melalui pelbagai medium. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan apa yang telah dilaksanakan kerajaan untuk rakyat, dari sejak lahir sehingga ke akhir hayat,” jelas beliau lagi.

​Menyentuh mengenai tekanan politik semasa, Syed Ibrahim mengakui wujudnya serangan sistematik terhadap pucuk pimpinan parti menerusi pelbagai tohmahan, termasuk kritikan terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan.

​Bagaimanapun, beliau menyeru agar ahli UMNO tidak mudah patah semangat atau membiarkan wadah perjuangan yang dibina sejak zaman berzaman dilepaskan begitu sahaja akibat pengaruh persepsi.

​”Kita tidak boleh bergerak tanpa resolusi. Kita mesti mencari jalan keluar bersama-sama. Jangan mengharapkan orang di luar sana untuk melakukan perkara yang kita sendiri perlu lakukan. Perubahan itu mesti bermula dengan tangan kita sendiri,” katanya.

​Beliau turut menyatakan sokongan penuh dan penghargaan terhadap kepimpinan Presiden atas segala cadangan dan inisiatif bagi memperkukuh perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan ahli parti sebagai benteng mempertahankan kedaulatan negara. – UMNO Online

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker