Maritim Malaysia tahan 32 PATI Indonesia keluar secara haram dari Malaysia

Maritim Malaysia tahan 32 PATI Indonesia keluar secara haram dari Malaysia

Maritim Malaysia tahan 32 PATI Indonesia keluar secara haram dari Malaysia
Maritim Malaysia Selangor menahan 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba keluar dari Malaysia secara haram, di Kuala Selangor. – Foto ihsan Maritim Malaysia

SHAH ALAM: Cubaan membawa keluar 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Malaysia melalui laluan laut gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan mereka, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasinya, Komander Maritim, Mohd Fairusnizam Abdul Razak berkata, pihaknya mengesan sebuah bot kayu yang mencurigakan pada kedudukan kira-kira 3.6 batu nautika barat daya Kuala Selangor, jam 4.15 pagi.

Beliau berkata, vesel berwarna merah dan biru tanpa nombor pendaftaran itu diarah berhenti untuk pemeriksaan namun juragannya enggan mematuhi arahan dan cuba melarikan diri.

“Selepas kira-kira 15 minit aksi kejar-mengejar, bot berkenaan berjaya dipintas dan ditahan oleh pasukan kami.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 32 PATI berada di atas vesel itu terdiri daripada 23 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 24 hingga 60 tahun dipercayai cuba keluar dari negara ini secara haram,” katanya dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


Mohd Fairusnizam berkata, kesemua PATI adalah warga Indonesia dan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Kesemua suspek bersama vesel dirampas dan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan dan tindakan lanjut.” katanya.

Tegas beliau, Maritim Malaysia akan terus memperketat kawalan dan meningkatkan rondaan bagi membanteras jenayah rentas sempadan khususnya penyeludupan PATI di perairan negara.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau sebarang kes di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Selangor di talian 013-660 6652 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Maritim Malaysia tahan 32 PATI Indonesia keluar secara haram dari Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker