Mane sedia hadiahkan gelaran kedua, penampilan terakhir dalam AFCON

Mane sedia hadiahkan gelaran kedua, penampilan terakhir dalam AFCON

Mane sedia hadiahkan gelaran kedua, penampilan terakhir dalam AFCON
PEMAIN Senegal, Sadio Mane (kanan). FOTO Agensi

Rabat: Sadio Mane berpeluang mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat Afrika sepanjang zaman sekiranya mampu memimpin Senegal menewaskan tuan rumah Maghribi pada final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), awal pagi Isnin ini, perlawanan yang disifatkannya sebagai penampilan terakhir dalam kejohanan itu.

Bekas bintang Liverpool itu bakal berusia 34 tahun pada April dan sudah mengumpul lebih 120 penampilan bersama negaranya sejak membuat penampilan sulung menentang Maghribi pada 2012.

Kemuncak karier antarabangsanya hadir pada Februari 2022 apabila Mane menjadi watak utama membantu negaranya menewaskan Mesir menerusi penentuan penalti pada final AFCON di Yaounde.

Selepas mensia-siakan sepakan penalti dalam masa sebenar, Mane bangkit menyempurnakan sepakan penentuan sekali gus menghadiahkan Senegal gelaran juara Afrika pertama dalam sejarah, selepas mereka mara ke suku akhir Piala Dunia 2002.

Kejayaan itu seolah-olah mengangkat beban besar daripada bahu anak kampung kecil di tebing Sungai Casamance di selatan Senegal itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


“Sebelum memenangi Piala Afrika, kadang-kadang saya bermain buruk kerana tekanan,” kata Mane dalam temu bual bersama podcast Rio Ferdinand Presents.

“Di Eropah, orang menyokong pasukan kebangsaan tetapi ada yang lebih cintakan kelab. Di Senegal, keadaannya terbalik.

“Itulah sebabnya tekanan sangat besar dan saya perlu memenanginya. Ia amat penting”.

Namun, perjalanan Mane turut diselangi detik pahit termasuk kekalahan pada final menentang Algeria di Kaherah pada 2019 serta terlepas Piala Dunia 2022 akibat kecederaan.

Mane berharap tahun 2026 akan menjadi kenangan manis dengan meraih pingat juara AFCON buat kali kedua sebelum mengalihkan tumpuan ke Piala Dunia di Amerika Syarikat, di mana Senegal berada dalam kumpulan sama dengan Perancis dan Norway.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


Selepas menjaringkan gol kemenangan pada separuh akhir menentang Mesir yang diketuai Mohamed Salah, Rabu lalu, Mane mengumumkan final bertemu Maghribi di Rabat akan menjadi aksi terakhirnya di Piala Negara-Negara Afrika.

“Saya harap dapat menang dan membawa pulang trofi ke Dakar,” kata penyerang Al-Nassr itu, yang sudah dua setengah tahun beraksi di Arab Saudi dan bergandingan dengan Cristiano Ronaldo.

Sepanjang kejohanan di Maghribi itu, Mane hanya meledak dua gol termasuk satu dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Republik Demokratik Congo, menjadikan keseluruhan jaringan dalam saingan AFCON kini 11 gol, meletakkannya dalam kelompok elit pemain yang mencapai dua angka.

Dengan Iliman Ndiaye dari Everton semakin menyerlah dan remaja Paris Saint-Germain, Ibrahim Mbaye, muncul sebagai bakat baharu, Mane pastinya yakin barisan serangan Senegal berada di landasan tepat.

Jika berjaya menghadiahkan gelaran kedua dalam tiga edisi buat Senegal. ia sekali gus mengesahkan status mereka sebagai kuasa besar bola sepak Afrika moden, Mane pastinya berasakan misinya sudah sempurna.

Mane sedia hadiahkan gelaran kedua, penampilan terakhir dalam AFCON

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker