Leona Nafi Kahwin Senyap-Senyap [VIDEO]

‘Jangan Kata Suami, Boyfriend Pun Saya Tiada’

Leona Nafi Kahwin Senyap-Senyap [VIDEO]

Leona Nafi Kahwin Senyap-Senyap [VIDEO]

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menafikan dakwaan kononnya dia telah mendirikan rumah tangga secara senyap selepas satu perkongsian memaparkan dirinya dalam persalinan busana pengantin tular baru-baru ini.

Prank

Leona Nafi Kahwin Senyap-Senyap [VIDEO]

 

Menerusi hantaran di TikTok, Leona, 23, menjelaskan gambar tersebut hanyalah sekadar gurauan dan mengakui tiada kekasih hati sekiranya mahu mendirikan rumah tangga.

Maaf buat prank. Korang fikir saya akan kahwin senyap-senyap ke? Berak, kena langgar kereta, patah hati pun saya bagitahu dalam TikTok.

Nampak sangat saya tiada kekasih atau suami. Jangan kata suami, boyfriend pun saya tiada untuk dikongsikan.

Mengulas lanjut, Leona berkata dia tidak akan menyembunyikan berita perkahwinannya jika benar-benar berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


Ini semua prank. Korang percaya ke saya akan kahwin senyap-senyap? Tiada maknanya. Kalau saya kahwin, saya akan pastikan cincin kahwin dari 10 kilometer pun sudah nampak.

Jangan risau, saya belum kahwin. Tapi bila isu ini viral, saya macam rasa seronok pula kalau kahwin senyap-senyap.

Terdahulu, Leona mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa gambar mengenakan busana pengantin berwarna putih ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan bertemakan ‘garden’, sekali gus mencetuskan spekulasi.

Sebelum ini, Leona pernah mengakui sudah tiba masa untuk memikirkan soal perkahwinan. Malah, pempengaruh itu turut meluahkan rasa cemburu melihat kebanyakan rakan seusianya sudah mendirikan rumah tangga.

Video

@leonathe2nd

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

 

Sumbeer: TikTok

 



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker