JDT bakal rombak pemain lawan PDRM FC
JDT bakal rombak pemain lawan PDRM FC

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan rombakan dalam kesebelasan utama apabila berdepan PDRM FC dalam aksi pertama Pusingan 16 saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang esok.
Pengendali JDT, Xisco Munoz berkata, beberapa pemain baharu yang menyertai Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua awal Januari lalu akan diberi peluang beraksi menentang skuad kendalian Eddy Gapil dan misi utama tetap memburu kemenangan dalam usaha meraih bekalan selesa pada aksi pertama piala berprestij itu.
“Ia perlawanan berbeza berbanding saingan Liga Super dan kami jangkakan satu perlawanan sengit tatkala semua pasukan mengidam untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia dan kami tetap mahu mengekalkan momentum permainan kerana objektif utama pastnya mahu mengekalkan kejuaraan puala berprestij itu.
“Apa yang perkara kami perlu lakukan adalah meneruskan kesinambungan corak permainan berintensiti tinggi malah kami akan tengok juga keperluan untuk melakukan penggiliran pemain apabila berdepan PDRM FC dan akan memberi ruang kepada pemain baharu beraksi dalam perlawanan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
“Semua pemain perlu ambil peluang untuk berada dalam kesebelasan utama kerana mereka sentiasa berkerja keras dalam sesi latihan.
“Kami perlu memahami kemahuan pemain yang mahu berada dalam skuad utama malah kami perlu kekal untuk buru kemenangan selain sikap positif mereka memudahkan kami kenal pasti siapa yang layak dalam pasukan,” katanya.
Beberapa pemain baharu yang di bawa masuk skuad Harimau Selatan adalah tiga tenaga import Yoga Cesar, Marcos Guilherme dan Rui Felipe yang masih belum diturunkan selain dua pemain tempatan, Stuart Wilkin dan Syamer Kutty Abba yang tampak berpotensi diturunkan menentang skuad The Cops.
Apa pun pengendali kelahiran Sepanyol itu menegaskan dalam permainan bola sepak tidak wujud definasi sudah sempurna dalam pasukan itu sebaliknya sentiasa perlu diperkemaskan rentak permainan bagi memastikan apa jua pendekatan taktikal mampu diterjemahkan dengan corak permainan yang konsisten.
“Setiap hari kami harus memperbaiki corak permainan kerana tiada istilah pasukan yang berada dalam keadaan sempurna dan lima pemain baharu yang berada dalam pasukan JDT perlu mencapai statistik dengan pemain yang ada sekarang dan jika mereka diturunkan nanti maka perlu tonjol lebih agresif,” ujar Munoz.
JDT bakal rombak pemain lawan PDRM FC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.