Gas amonia bocor: 2 mangsa sesak nafas dalam keadaan baik, tidak ditahan di wad
Gas amonia bocor: 2 mangsa sesak nafas dalam keadaan baik, tidak ditahan di wad

SEREMBAN: Dua mangsa yang mengalami sesak nafas dalam insiden kebocoran gas amonia di susur keluar Plaza Tol Seremban arah Kuala Lumpur semalam, berada dalam keadaan baik.
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed, berkata mereka yang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini juga tidak ditahan di wad.
“Mereka dibenarkan pulang petang semalam selepas dilaporkan stabil dan kembali sihat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, seorang lagi mangsa mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan luar.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Abdul Aziz Parmin, berkata kualiti udara di kawasan persekitaran lokasi kejadian adalah selamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
“JAS akan terus memantau keadaan bagi memastikan tiada risiko lanjut kepada alam sekitar dan keselamatan awam,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari semalam, jurutol dan seorang pengawal keselamatan di plaza tol berkenaan dikejarkan ke hospital selepas dikatakan terhidu bau gas.
Pemandu lori berusia 30-an dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Taman Labu Jaya, di sini menghala ke ibu negara membawa 15 tong gas hanya mengalami pedih mata dan diberikan rawatan awal.
Gas amonia bocor: 2 mangsa sesak nafas dalam keadaan baik, tidak ditahan di wad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.