Dua maut nahas tiga kenderaan

Dua maut nahas tiga kenderaan

Dua maut nahas tiga kenderaan
Dua maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo, Kuching, hari ini. – Foto ihsan JBPM

KUCHING: Dua individu maut, manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo, berhampiran Kampung Keru, Padawan, hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi itu membabitkan Proton Iswara, Perodua Myvi dan Proton Exora dengan keseluruhan empat mangsa berada di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.40 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 35 kilometer ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada jam 6.20 pagi didapati benar berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan dengan dua mangsa tersepit di dalam kenderaan Perodua Myvi.

“Seorang mangsa yang tersepit, iaitu seorang lelaki dewasa yang tidak dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lagi mangsa, wanita yang menaiki Proton Exora, dikenal pasti Penssy a/p Panirselvam, 38 tahun tidak tersepit namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak ambulans KKM,” katanya.

Menurutnya dua lagi mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Dua maut nahas tiga kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker