Dua gol memukau Dembele lonjak PSG ke puncak Ligue 1

Dua gol memukau Dembele lonjak PSG ke puncak Ligue 1

Dua gol memukau Dembele lonjak PSG ke puncak Ligue 1
BINTANG PSG, Ousmane Dembele. FOTO Agensi

Paris: Aksi cemerlang Ousmane Dembele dengan dua gol ‘magis’ membantu juara bertahan Paris Saint-Germain (PSG) merampas kedudukan teratas Ligue 1 selepas membelasah Lille 3-0 di Parc des Princes yang dibasahi hujan, awal pagi tadi.

Kejutan musim ini, Lens, berpeluang kembali ke puncak liga sekiranya mereka menewaskan Auxerre, Sabtu ini, namun pengendali PSG, Luis Enrique, pastinya lega menyaksikan kebangkitan penyerang utamanya itu.

Dembele, pemenang Ballon d’Or musim lalu, sebelum ini bergelut dengan kecederaan yang menjejaskan prestasinya, namun dua jaringan termasuk satu percubaan lambung memukau sudah cukup mengubat kegusaran penyokong setia PSG.

Pemain sayap itu membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan lencong kaki kiri dari luar kotak penalti yang tepat menerjah bucu gawang.

Dia kemudian menambah gol kedua sejurus melepasi satu jam permainan apabila memperdaya penjaga gol Lille, Berke Ozer, dengan sepakan lambung kemas dari dalam kotak penalti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


“Itulah ‘magis’ Ousmane. Dia boleh lakukan apa sahaja, dia memang hebat,” kata rakan sepasukan, Warren Zaire-Emery.

Dembele hampir melengkapkan hatrik sejurus babak kedua bermula, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Gol ketiga PSG disumbangkan oleh Bradley Barcola pada masa kecederaan, selepas dimasukkan sebagai pemain gantian lewat menggantikan Khvicha Kvaratskhelia yang bekerja keras tetapi gagal menyerlah, apabila dia pantas mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan Lille.

Penjaga gol PSG, Lucas Chevalier, tidak berdepan banyak ancaman sepanjang 90 minit, meskipun Lille yang menghuni tangga keempat beberapa kali memaksa lawan melakukan kesilapan.

Satu daripada peluang itu hampir dimanfaatkan penyerang veteran Olivier Giroud, namun percubaannya hanya singgah di palang gol ketika PSG masih mendahului 1-0.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


PSG menurunkan kesebelasan utama hampir sama dengan pasukan yang menewaskan Inter Milan pada final Liga Juara-Juara Eropah Mei lalu, namun terpaksa beraksi tanpa pertahanan utama, Achraf Hakimi, yang akan beraksi bersama Maghribi pada final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Ahad ini.

Musim lalu, PSG menjuarai liga dengan kelebihan 19 mata, namun kali ini mereka menerima cabaran sengit daripada Lens yang sedang mencatat sembilan kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan dan terus mengekori rapat juara Eropah itu.

Dua gol memukau Dembele lonjak PSG ke puncak Ligue 1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker