Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni

Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni

Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Wakil Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari, mencadangkan akta dana politik sebagai langkah mencegah rasuah, mengelak pengaruh luar, mewujudkan persaingan adil serta melindungi demokrasi negara.

Beliau berkata, sebagai parti yang berakar umbi dalam perjuangan bangsa, UMNO memerlukan dana bagi menggerakkan jentera parti, melatih dan membina kepimpinan, serta menyantuni rakyat secara berterusan dan memenangi pilihan raya secara bermaruah.

“Persoalannya sebenar ialah bagaimana dana itu diuruskan dan Wanita UMNO Malaysia mencadangkan agar satu undang-undang dana politik yang tegas, jelas dan menyeluruh digubal dan dilaksanakan.

“Ini termasuk pendedahan dan audit yang telus; had sumbangan dana yang munasabah; serta hukuman yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan dana politik. Inilah jalan tengah yang berprinsip dan berintegriti, bukan menolak dana tetapi mengawal dana.

“Kerana tanpa dana yang sah dan terkawal, politik hanya akan menjadi milik orang kaya. Tetapi dengan dana yang telus dan berintegriti, politik kembali kepada mereka yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat,” kata beliau ketika sesi perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


Dalam perkembangan yang lain, beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia menegaskan pemerkasaan wanita dalam politik adalah satu keperluan yang harus dilaksanakan secara serius dan berstruktur.

“Pemerkasaan wanita dalam politik bukan tuntutan emosi, bukan slogan kosong, tetapi satu keperluan perlembagaan dan demokrasi yang matang terutamanya pelaksanaan kuota minimum 30 peratus wanita hendaklah dilaksanakan secara serius dan berstruktur dalam pencalonan pilihan raya, bukan sekadar retorik atau janji di atas kertas.

“Mengiktiraf martabat wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi, serta mengupaya wanita mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan demi memastikan hak dan kepentingan mereka terpelihara.

“Perlembagaan UMNO, khususnya Fasal 10, dipinda atau penambahan yang jelas dan berprinsip di bawah Fasal 10.2 yang memperuntukkan kuasa Majlis Tertinggi dalam pemilihan calon pilihan raya, saya mencadangkan satu penambahan yang jelas dan berprinsip,” ujarnya. – UMNO Online

Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker