844 warga Filipina diusir pulang
844 warga Filipina diusir pulang

SANDAKAN: Seramai 844 warga Filipina diusir pulang ke negara asal mereka menerusi Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina, semalam.
Kesemua warga Filipina itu diusir menggunakan Vessel MV Antonia 1
menerusi Program Pemindahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata selain warga Filipina, seramai lapan lagi membabitkan warga Pakistan, Vietnam dan China turut diusir.
Katanya, semua tahanan itu dipindahkan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau membabitkan 519 lelaki dewasa, 215 perempuan dewasa, 92 kanak-kanak serta 18 bayi.
“Purata umur tahanan adalah antara dua bulan hingga 72 tahun dengan kanak-kanak dihantar pulang bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing.
“Ia menjadikan jumlah keseluruhan 858 orang warga asing dipulangkan sepanjang awal tahun 2026 melalui pengangkutan laut dan udara,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
SH Sitti Saleha berkata, JIM Sabah akan terus mengambil tindakan tegas tanpa tolak ansur terhadap mana-mana majikan yang menggaji atau melindungi pekerja asing tanpa dokumen sah.
Katanya, majikan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk denda sehingga RM50,000 dan hukuman penjara serta sebatan bagi kesalahan bersubahat atau melindungi PATI.
844 warga Filipina diusir pulang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.